Dalam perkembangan terkini, kerajaan Germany telah meluluskan peruntukan sebanyak €50 juta pada tahun 2019 untuk games fund dan buat pertama kalinya ianya dipromosikan di peringkat persekutuan.
Bajet ni akan diuruskan oleh Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Digital dan telahpun dipersetujui oleh semua parti dalam kerajaan gabungan di Germany. Felix Falk daripada German trade body game mengalu-alukan perkembangan ni dengan mengatakan ianya langkah yang bersejarah yang membolehkan mereka untuk memberi saingan kepada negara-negara seperti France, UK dan Canada.
Falk memberitahu yang inisiatif kerajaan di negara-negara tersebut membuatkan kos produksi lebih murah sehingga 30% berbanding di Germany. Dengan kekurangan pembangunan game-game besar dari Germany; ianya bermakna setiap €100 yang dibelanjakan untuk game dalam negara, hanya €6 je yang pegi kat produk tempatan.
Selain itu, industri game Germany juga telah meringankan larangan penggunaan simbol Nazi dalam game.
@gamersantaimy
Discussion about this post