Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Version 5.6 “Paralogism” Akan Dilancarkan 7 Mei Bersama Dua Watak Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Genshin Impact Version 5.6 “Paralogism” Akan Dilancarkan 7 Mei Bersama Dua Watak Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse mengesahkan bahawa Genshin Impact Version 5.6, bertajuk “Paralogism,” bakal dilancarkan pada 7 Mei 2025. Update ini memperkenalkan bab Archon Quest Interlude baharu di Mondstadt, acara pengurusan taman tema di Fontaine, serta dua watak baru yang boleh dimainkan: Escoffier, 5-star Cryo Polearm, dan Ifa, 4-star Anemo Catalyst.

Ribut Melanda Mondstadt

Kredit: HoYoverse

Dalam Archon Quest Interlude, pemain kembali ke Mondstadt semasa sambutan Windblume Festival. Namun, keceriaan bertukar dramatik apabila Albedo menghadapi cabaran tidak dijangka, menimbulkan satu penyiasatan besar. Bersama Venti, Knights of Favonius, sekutu baru Dahlia, dan Lady Alice dari Hexenzirkel, pemain perlu membongkar misteri di sebalik serangan raksasa ke atas bandar. Ujian magik yang direka Lady Alice akan menguji pemain, dengan King dan Queen di atas papan catur mistik menjadi Weekly Boss terbaru — satu pertempuran penting dalam usaha melindungi Mondstadt.

Jadi Pengurus Taman Tema di Fontaine

Kredit: HoYoverse

Di Fontaine, pemain boleh mencuba acara pengurusan taman hiburan The Chevalmarin Film Fantasyland. Menampilkan Navia serta watak-watak dari Fontaine dan Natlan, pemain bertanggungjawab mengurus tarikan seperti Eclectic Escapades, Movie Masterpieces, dan Mellow Manor. Dengan menaik taraf kemudahan, melatih pekerja, dan mengatur penggunaan Action Point, pemain boleh meningkatkan Service Value taman mereka. Interaksi mesra dengan NPC, termasuk seorang chef yang menawarkan buff, akan memudahkan perjalanan. Menyelesaikan cabaran akan membuka Performance Rewards, termasuk 4-star bow eksklusif, Sequence of Solitude.

Kenali Escoffier dan Ifa

Versi 5.6 memperkenalkan dua watak baharu dengan gaya permainan yang unik:

Kredit: HoYoverse
  • Escoffier, bekas ketua chef Hotel Debord, ialah watak Polearm 5-star Cryo Polearm yang menggabungkan seni masakan dengan kuasa bertarung. Elemental Skill-nya memanggil All-Spectrum Multi-Use Cooking Mek untuk menyerang atau menyediakan makanan, manakala Elemental Burst-nya menyembuhkan sekutu serta mengurangkan Hydro dan Cryo RES musuh, lebih efektif jika disertai sekutu Hydro atau Cryo.
Kredit: HoYoverse
  • Ifa pula ialah watak 4-star Anemo Catalyst dari Flower-Feather Clan. Dengan bantuan Qucusaurus kecilnya, Cacucu, Ifa menembak musuh dengan Tonicshot sambil menyembuhkan pasukan dan menghasilkan arus angin untuk menarik lawan. Dengan Nightsoul’s Blessing, dia menguatkan serangan Swirl dan Electro-Charged, serta mempunyai kebolehan penyembuhan automatik apabila HP sekutu rendah.

Untuk Event Wishes fasa pertama, Escoffier, Navia, dan Ifa akan tersedia, diikuti Kinich dan Raiden Shogun pada fasa kedua. Chronicled Wish turut kembali, menawarkan peluang kepada pemain untuk mendapatkan semula watak 5-bintang dari Inazuma.

Genshin Impact Versi 5.6 boleh dimainkan di PlayStation, Xbox, PC, Android, dan iOS. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Genshin Impact.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Clair Obscur: Expedition 33 – Panduan untuk Beginner

Next Post

Umamusume: Pretty Derby ‘Global’ Akan Datang Ke PC & Mobile Pada Jun 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Umamusume: Pretty Derby ‘Global’ Akan Datang Ke PC & Mobile Pada Jun 2025!

Umamusume: Pretty Derby 'Global' Akan Datang Ke PC & Mobile Pada Jun 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd