Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact, Resident Evil Village, & PES 2021 menang besar di PlayStation Partner Awards 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 3, 2021
in Anugerah, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Genshin Impact, Resident Evil Village, & PES 2021 menang besar di PlayStation Partner Awards 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menamatkan bahagian pertama pada hari semalam, hari ini Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan tiga pemenang untuk kategori Grand Awards di PlayStation Partner Awards 2021 yang jatuh kepada Genshin Impact, Resident Evil Village, dan eFootball PES 2021 Season Update.

Grand Awards memberi penghormatan kepada tiga game dari Jepun dan Asia dengan penjualan terbaik di seluruh dunia bermula Oktober 2020 hingga September 2021. Harus diperhatikan bahawa penjualan yang dikira bukan sahaja termasuk unit fizikal dan digital, malah termasuk kandungan tambahan dan DLC, untuk mengukur pendapatan keseluruhan setiap game.

Sony juga tidak menyatakan sama ada anugerah itu diberi dalam susunan tertentu, jadi kita tidak begitu pasti siapa di tempat pertama.

Berikut adalah video rasmi untuk menghargai barisan pemenang:

Genshin Impact

https://www.youtube.com/watch?v=bKBkE6jQp1Q

Resident Evil Village

https://www.youtube.com/watch?v=5H8_sw-X0Yg

eFootball PES 2021 Season Update

https://www.youtube.com/watch?v=2Tn7nuOQx14

Pada hari semalam, senarai pemenang “Partner Awards” juga diumumkan dan memberi penghargaan kepada game oleh developer Jepun dan Asia yang telah mendapat perhatian khusus dari Oktober 2020 hingga September 2021 serta mendapat kedudukan tinggi dalam jualan (termasuk fizikal, digital dan DLC) di seluruh dunia. Berikut adalah senarai pemenang:

  • Tales of Arise
  • Final Fantasy VII Remake Intergrade
  • Final Fantasy XIV
  • Mobile Suit Gundam Battle Operation 2
  • NieR Replicant ver.1.22474487139…

Senarai pemenang untuk “Special Awards” juga diumumkan dan adalah seperti berikut:

  • Apex Legends sebagai game yang dibangunkan oleh developer luar negara yang mencapai jualan tertinggi di Jepun dan Asia dalam tempoh masa di atas.
  • Sakuna: Rice and Ruin sebagai game indie dari Jepun atau Asia yang mencapai jualan tertinggi di seluruh dunia.
  • Devil May Cry 5: Special Edition sebagai game dari Jepun atau Asia yang memperoleh pendapatan sangat bagus semasa tempoh pelancaran PS5.

Apa pendapat anda? Adakah korang setuju dengan senarai pemenang PlayStation Partner Awards 2021? Untuk segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AnugerahplaystationPlayStation Partner Awards 2021PS4ps5
Previous Post

Majoriti gamer guna kad grafik GTX 1060! Senarai GPU paling popular pada November 2021 menurut Steam!

Next Post

PlayStation sedang merancang servis langganan baru “Spartacus” untuk bersaing dengan Xbox Game Pass yang popular

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
PlayStation sedang merancang servis langganan baru “Spartacus” untuk bersaing dengan Xbox Game Pass yang popular

PlayStation sedang merancang servis langganan baru "Spartacus" untuk bersaing dengan Xbox Game Pass yang popular

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd