Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Ke Xbox & Kolaborasi Khas ‘Honkai: Star Rail x Fate/stay night UBW!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2024
in Action, Adventure, Android, Anime, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, Open World, PC, PS4, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Genshin Impact Ke Xbox & Kolaborasi Khas ‘Honkai: Star Rail x Fate/stay night UBW!’
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse terus mengejutkan peminat dan para gamer di gamescom 2024 Opening Night Live, dengan mendedahkan lebih lanjut tentang kemas kini penting dan watak baharu yang boleh dimainkan dalam Genshin Impact, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero. Namun, pengumuman paling menarik sekali ialah Genshin Impact rasmi akan datang ke Xbox manakala Honkai: Star Rail akan mengadakan acara crossover dengan anime terkenal Fate/stay night [Unlimited Blade Works].

Genshin Impact akan hadir ke Xbox

Genshin Impact terus membawa kandungan baharu, kali ini menampilkan expansion besar seterusnya yang akan dilancarkan pada 28 Ogos. Trailer terbaru membawa pemain ke Natlan, satu lagi negara besar dalam Genshin Impact yang membezakan dirinya dengan pahlawan naga unik dengan ketangkasan tiada tandingan dan kemahiran pergerakan apabila menjelajah pelbagai landskap.

Trailer berakhir dengan pengumuman bahawa game ini akan dikeluarkan pada platform Xbox Series melalui Microsoft Store pada 20 November 2024. Anda boleh Wishlist sekarang jika berminat.

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works]

Dalam update Honkai: Star Rail Version 2.4 terkini, Trailblazer kembali ke Xianzhou Luofu untuk menghadiri majlis Wardance. Berikutan pengembaraan Xianzhou baru-baru ini, trailer terbaharu menampilkan Feixiao, salah seorang daripada Seven Arbiter-General. Semasa kejadian ini, jeneral itu sendiri membuat kemunculan untuk menghiasi medan perang.

Selain itu, kolaborasi menarik dengan anime Fate/stay night [Unlimited Blade Works] turut diumumkan, dengan ketibaan Archer di atas Astral Express yang membuatkan Pom-Pom dan kru terkejut.

Zenless Zone Zero Version 1.1

Trailer terbaru Zenless Zone Zero di gamescom ONL mempamerkan watak-watak daripada update terkini — Version 1.1. Dengan tumpuan kepada Jane Doe, seorang Agent misteri yang masuk ke medan perang dengan serangan mautnya, trailer ini menjelaskan identiti sebenar dan misinya.

Di penghujung trailer, pinggiran New Eridu yang tandus ditunjukkan. Ini adalah kawasan serba baharu yang akan menjadi pentas untuk bab seterusnya dalam cerita ini, di samping menunjukkan beberapa watak misteri daripada Sons of Calydon.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactHonkai: Star Rail
ShareTweetSend
Previous Post

Indiana Jones and the Great Circle Umum Tarikh Keluaran, Gameplay Baharu Didedahkan!

Next Post

Monster Hunter Wilds – Gameplay Baru Dedah ‘Lala Barina’ & Apex Monster ‘Rey Dau!’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Monster Hunter Wilds – Gameplay Baru Dedah ‘Lala Barina’ & Apex Monster ‘Rey Dau!’

Monster Hunter Wilds - Gameplay Baru Dedah 'Lala Barina' & Apex Monster 'Rey Dau!'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd