Untuk meraikan keluaran update terbaru Genshin Impact, Zephyr of the Violet Garden, NVIDIA bekerjasama dengan miHoYo untuk menghadiahkan Genshin Impact GeForce Bundle secara percuma kepada pemain yang akan membantu dalam pengembaraan korang.
20,000 Mora akan diberikan kepada korang untuk membeli item baharu, empat Mystic Enhancement Ores akan membantu korang dalam upgrade senjata dan dua Hero’s Wit akan menyediakan EXP untuk menaikkan level watak anda.
Mulai hari ini, korang boleh dapatkan Genshin Impact GeForce Bundle secara percuma melalui GeForce Experience, aplikasi percuma dari NVIDIA yang boleh mengoptimumkan tetapan game, update driver dan membolehkan korang stream dan record gameplay. Untuk dapatkan ganjaran ini, korang perlu ikut langkah-langkah ini:

- Pergi ke laman web rasmi NVIDIA
- Buat akaun NVIDIA jika belum ada.
- Log masuk akaun dan pergi ke halaman akaun anda
- Semak sama ada anda telah layak untuk menerima ganjaran ini. Jika belum layak, klik sini untuk mendaftar
- Download dan Install GeForce Experience

Untuk mengakses ganjaran, buka GeForce Experience dan anda akan menerima notifikasi GeForce Reward di penjuru kanan atas aplikasi. Klik padanya dan ikuti langkah seterusnya untuk menebus Genshin Impact GeForce Bundle percuma.
Kepada yang baharu dalam Genshin Impact, korang akan menerima ganjaran percuma ini melalui mel dalam game sebaik sahaja mencapai Adventure Level 10.
Jadi tunggu apa lagi? Cepat dapatkan Genshin Impact GeForce Bundle sekarang! Untuk lebih banyak berita menarik tentang Genshin Impact, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post