Livestream Genshin Impact baru-baru ini telah mendedahkan pelbagai perkara mengenai versi 3.3! Ingin tahu apa lagi yang menanti anda dalam Genshin Impact 3.3? Jom kami ceritakan secara ringkas kepada Traveler semua!
Ringkasan Genshin Impact 3.3
Seperti biasa kemas kini versi baru untuk Genshin akan membawa pelbagai penceritaan baharu bersama beberapa watak baru untuk dimainkan. Untuk 3.3, anda akan diperkenalkan dengan mode game terbaru.
Genius Invokation Card Game

Kalau anda ingin tahu, ini merupakan mode game terbaru yang ditambah ke dalam Genshin impact. Ia merupakan turn-based card game. Anda boleh bermain dengan dua mod seperti berikut:
- PvE: Bermain secara solo campaign
- PvP: Boleh bertarung dengan Traveler lain.
Kesemua kad boleh didapatkan oleh pemain dengan hanya bermain Genius Invokation TCG. Setiap kad mempunyai stat dan kebolehan tersendiri, jadi anda perlu merangka deck tersendiri. Semasa battle, hanya kad deck sahaja yang boleh dimainkan dan ia adalah secara rawak. Mode ini akan boleh dimainkan bermula 7 Disember.
Banner watak baru
- Wanderer
- Faruzan
Quest dan Acara
- Archon Quest Interlude Chapter: Inversion of Genesis

- Akitsu Kimodameshi
- Paimon terdengar tentang acara menarik yang dianjurkan oleh Yashiro Commission yang dipanggil “Test of Courage”.
- Ganjaran acara: Toukabu Shigure (pedang), Parasol Talcum

- Across the Wilderness
- Adventure Guild menganjurkan acara khas “Across the Wilderness”. Kumpulkan sebanyak mungkin Wilderness Balloon dalam masa yang ditetapkan untuk ganjaran lumayan.

- Windtrace
- Acara Windtrace kembali. Pemain akan dibahagikan kepada Rebel dan Hunter, dan akan berlawan dalam zon yang ditetapkan.

- Misty Dungeon: Realm of Sand
- Tempat terbiar yang dipenuhi dengan debu dan pasir, penuh dengan musuh yang ingin menghentikan anda. Bawa pasukan anda dan hapuskan pertahanan mereka dan kalahkan musuh yang berada di jalan anda!

Setiap kali livestream sudah tentu ada kod yang tersedia yang memberikan anda sehingga 300 primogem untuk digunakan. Manalah tahu Wanderer akan masuk parti anda selepas ini. Pastikan anda tuntut kod tersebut di laman web rasmi sebelum tamat tempoh:
- 8ARAU6FNBNPV
- NS8BD6EPS77Z
- ET9SUPENB765
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post