Mesti ramai pemain Genshin Impact tertunggu-tunggu untuk kemas kini terbaru versi 2.7 yang sepatutnya dilepaskan pada awal bulan Mei. Pasukan pembangun juga telah mengumumkan bahawa kemas kini tersebut terpaksa ditangguhkan kerana masalah yang tidak boleh dielak. Berita baiknya, anda tidak perlu menunggu lagi kerana Genshin Impact 2.7 akan hadir pada 31 Mei ini.
Melalui Twitter rasmi, tweet mengenai kemas kini game tersebut telah dilepaskan berserta maklumat untuk versi 2.8. Untuk pengetahuan anda, Genshin Impact 2.8 pula akan dilepaskan pada 13 Julai nanti. Segala banner watak, senjata dan acara “Test Run” kini akan ditamatkan pada tarikh sama dengan versi 2.7 nanti.
Penyelenggaraan untuk “Placement Function” dalam Serenitea Pot juga akan ditamatkan selepas penyelenggaraan kemas kini Genshin Impact 2.7 selesai. Bolehlah anda semua gunakan fungsi ini semula.
Bukan setakat itu sahaja, livestream untuk kemas kini terbaru juga akan diadakan pada 20 Mei 2022 jam 4 petang. Anda akan diperkenalkan dengan Yelan semasa livestream nanti. Anda boleh pergi ke laman Twitch atau Youtube rasmi Genshin Impact untuk menontonnya.

Sementara itu, jangan lupa untuk tuntut pampasan yang diberikan nanti. Hari terakhir untuk menuntutnya pada 30 Mei ini. Pampasan tersebut diberikan kepada pemain kerana penangguhan versi 2.7. Bermula daripada 25 Mei 2022, pemain akan mendapat satu lagi mel yang mengandungi Fragile Resin, 7 Hero’s Wits, 16 Mystic Enchancement Ore, 400 Primogem dan 120,000 mora.
Akhirnya, dapat juga pemain Genshin bertemu dengan watak baru dalam versi akan datang. Yelan dan Shinobu juga menanti untuk sertai parti anda nanti. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post