Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gempak Starz Bakal Mengadaptasikan Komik Zint Kepada Filem! Mungkin ‘Speeder?’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 30, 2025
in Artikel, Berita, Filem, Komik, Tempatan
0 0
0
Gempak Starz Bakal Mengadaptasikan Komik Zint Kepada Filem! Mungkin ‘Speeder?’
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gembira buat peminat komik tempatan! Kadokawa Gempak Starz telah mengumumkan projek kolaborasi istimewa bersama Respected Citizen Production bagi menerbitkan sebuah filem tempatan baharu.

Projek ini dijangka mengangkat siri komik popular Speeder karya artis terkenal Zint ke layar perak — satu kolaborasi yang digambarkan sebagai “luar biasa lagi spesel”.

BILA ORANG-ORANG HEBAT 'BERKOMPLOT'….
MAKA INILAH HASILNYA! 🔥

Kitorang ada projek kolaborasi luar biasa lagi spesel, khususnya buat kipas-susah-mati Zint! 😎
Tunggu~👀#AkanDatang #GempakStarz #KGS #KomikXFilem #RespectedCitizenProduction #FilemLokal pic.twitter.com/ykd6uM48cq

— GEMPAK 360 @ PBAKL 2025 (@GEMPAK_KGS) April 29, 2025

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu posting di platform X oleh akaun rasmi Gempak 360 pada 29 April 2025. Dalam posting itu, mereka memuat naik gambar teaser yang memaparkan jalan raya dengan garisan kuning dan tulisan “KOLABORASI KOMIK X FILEM LOKAL!”.

Mereka turut menulis: “Kitorang ada projek kolaborasi luar biasa lagi spesel, khususnya buat kipas² susah–mati ZINT! 😎 TUNGGU~ 👀”.

Walaupun ramai peminat mengharapkan adaptasi Under 18, imej teaser oleh Gempak Starz yang bertemakan jalan raya lebih menyerlahkan gaya dan visual yang sinonim dengan Speeder, sekaligus menguatkan spekulasi bahawa karya inilah yang akan dijadikan filem.

Kredit: GEMPAK STARZ

Speeder merupakan antara karya Zint yang cukup dikenali dengan elemen “mat motor”, mengetengahkan kisah penuh aksi dan drama dalam dunia penunggang motosikal Malaysia. Sinopsis bagi komik adalah seperti berikut:

“Alif, budak lepasan SPM ni memang gila motosikal. Kalau letak awek dengan motosikal, confirm kalah awek tu. Hantu racing a.k.a jaguh kampung ni cukup famous sampai semua racer kalah dengan dia! Err… Mat Rempit ke si Alif ni?!! Nak tahu? Start enjin motosikal dan speed baca karya high-performance dari artis komik paling cool ni!”

Zint mula berkarya di bawah Gempak Starz sejak tahun 1998 dan telah menghasilkan lebih 20 judul, termasuk pelbagai siri popular seperti Under 18, 2 Dudes, Kijiya, Misi GOG, Hope, dan banyak lagi. Buat masa ini, para peminat hanya mampu menunggu pengumuman lanjut tentang filem ini, termasuk barisan pelakon, pengarah, dan tarikh tayangan.

Harap-harap kita dapat berita baharu dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemGempak Starz
ShareTweetSend
Previous Post

Eksklusif Bersama Kazuya Tsurumaki: Mengarah Era Baharu Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX

Next Post

Pelancaran Borderlands 4 Diawalkan ke 12 September!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Pelancaran Borderlands 4 Diawalkan ke 12 September!

Pelancaran Borderlands 4 Diawalkan ke 12 September!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd