Garena membawa Call of Duty Mobile Wild West yang retro ke medan perang yang menampilkan skin Cowboy Ghost dan Seraph, mod permainan Kill Confirmed and Capture The Flag di samping peta, senjata, dan operator skill baru. Dalam kemas kini terbaru, sistem level-up baru akan diperkenalkan untuk pemain naikkan rank dan membuka hadiah dari Battle Pass.
Howdy Cowboy Ghost dan Seraph dalam siri Wild West terbaru!
Bangun dan jinakkan Wild West sebagai senjata terbaik dengan skin watak Cowboy Ghost dan Seraph musim ini. Kedua-dua skin dibuka dari Premium Battle Pass terbaru bermula 1 Mei 2020!
Buka Operator Skill terbaru iaitu Annihilator dan juga Senjata baru Outlaw secara PERCUMA!
Kedua-dua Annihilator dan Outlaw akan siap dibuka pada pemain secara PERCUMA! Annihilator adalah revolver kuat yang memberi pusingan berkuasa tinggi yang mengesan musuh yang berdekatan dan menewaskan sasaran tanpa mengarahkan mereka secara langsung. Sementara itu, Outlaw adalah Designed Marksman Rifle (DMR) dengan kemampuan sekali tembakan, mobiliti tinggi, kadar api tinggi dan kelajuan ADS yang tinggi.
Untuk peminat siri Call of Duty, Rust telah ditambahkan untuk semua mod Multiplayer kegemaran anda seperti yang dinyakan dalam artikel kami sebelum ini di samping peta Saloon baru untuk Showdown 2v2 dan Duel 1v1.
Di Battle Royale, Poltergeist adalah kelas Battle Royale terbaru yang akan ditambah. Poltergeist membolehkan pemain untuk menjadi halimunan dalam waktu seketika sambil meningkatkan kelajuan berlari dan berjalan anda ketika berada dalam keadaan stealth.
Gold adalah matlamat utama anda! Kumpulkan Gold dari mod permainan baru dan tebus ganjaran!
Dalam Wild West, Gold sangat berharga dan boleh digunakan untuk menebus ganjaran istimewa! Mod permainan baru seperti Capture The Flag dan Kill Confirmed telah ditambahkan untuk membantu Gold Rush anda musim ini.
Dalam Capture The Flag, bendera telah digantikan dengan Gold di mana pemain mengumpulkan, melindungi dan mencuri emas dari pasukan musuh untuk menang. Sementara itu, Kill Confirmed memerlukan pemain untuk mengesahkan pembunuhan dengan mengumpulkan ID yang dijatuhkan oleh musuh yang tersingkir.
Selain itu, duel 1v1 juga telah ditambahkan sebagai mod permainan Best of 3 yang baru.
Tiada lagi cabaran tier! Rank up Battle Pass dengan memainkan mod MP atau BR
Main lebih banyak dan dapatkan lebih banyak ganjaran! Musim ini, pemain dapat meningkatkan tahap Battle Pass mereka dengan hanya menyelesaikan lebih banyak permainan Multiplayer atau Battle Royale.
Sistem level up baru mengambil kira dalam menyelesaikan matches, kills, assists, map objectives dan banyak lagi untuk mendapatkan lebih banyak tiers. Semakin lama anda menghabiskan masa dalam matches, semakin banyak pengalaman yang anda perolehi. Pengalaman BP yang diperoleh dalam setiap perlawanan dapat dilihat di layar skor pada akhir permainan.
https://www.facebook.com/codm/videos/246418046558099/
Banyak lagi kemas kini dan pengoptimuman akan datang ke Garena Call of Duty Mobile bulan ini! Pastikan anda log masuk pada 28 April 2020 untuk mendapatkan kemas kini terkini dan terus ikuti berita terkini melalui laman Facebook rasmi Garena Call of Duty Mobile.
@gamersantaimy
Discussion about this post