Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GANTZ tidak akan ada anime selagi Hollywood pegang kontrak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
GANTZ tidak akan ada anime selagi Hollywood pegang kontrak!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam temu ramah baru dengan Crunchyroll, pencipta GANTZ Hiroya Oku mencerita dia menyesal membuat perjanjian dengan sebuah studio Hollywood untuk hak penerbitan siri ini. Studio ini sepatutnya sedang menghasilkan siri aksi langsung GANTZ versi Amerika tetapi kontrak yang dipersetujui juga menghalang apa-apa adaptasi anime yang berkaitan dengan GANTZ. Berikut adalah kata-kata Hiroya Oku:

Gantz Creator Says a Hollywood Contract Is Blocking a New Anime

“Saya tidak boleh memberitahu semua butiran tentang subjek itu, tetapi sebuah syarikat produksi Hollywood memang mempunyai hak untuk membuat adaptasi GANTZ pada masa ini, dan melainkan jika mereka mengembalikan hak itu kepada saya, kami tidak akan dapat membuat anime atau apa-apa adaptasi aksi langsung dari manga.

Itulah jenis kontrak Hollywood; mereka memiliki hak untuk semua adaptasi termasuk anime dan aksi langsung. Ada satu lagi spinoff bernama GANTZ: E yang kini diterbitkan dalam Young Jump (dilukis oleh Jin Kagetsu), yang menerima kelulusan adaptasi anime oleh produser, tetapi itu tidak akan terjadi. Memang sakit, kalau saya nak cakap sejujurnya.”

Hiroya Oku

Oku mendedahkan bahawa kontrak itu telah ditandatangani pada tahun 2020, dan kemungkinan besar akan menunda beberapa projek GANTZ termasuk anime 2D, CGI dan lain-lain sekurang-kurangnya sehingga empat tahun akan datang. Dia bertambah:

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

“Saya belum menerima kemas kini tentang adaptasi Hollywood ini atau jika ia benar-benar sedang dibuat. COVID-19 telah menunda banyak projek baru dan GANTZ mungkin salah satu. Sekiranya itu kesnya, saya ingin haknya semula.”

GIGANT
Hiroya Oku (Sumber: Crunchyroll)

GANTZ menerima sambutan yang tinggi kerana naratif, cara tulisan watak dan aksinya yang brutal. Manga ini mula bersiri pada tahun 2000 dan berterusa hingga 2013. Selain itu, ia diadaptasi menjadi siri anime pada tahun 2004 oleh studio Gonzo (Last Exile) oleh pengarah Ichiro Itano, yang sebelum ini bekerja di francais Macross dan Mobile Suit Gundam. Siri ini juga diadaptasi menjadi dua filem aksi langsung Jepun, yang dikeluarkan pada tahun 2011.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Crunchyroll

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGANTZHiroya OkuHollywoodmanga
Previous Post

2 game indie dengan grafik kartun menarik untuk anda dapatkan di Epic Free Game minggu ini!

Next Post

Penjualan Manga Tokyo Revengers melonjak naik lebih dari rekod Attack on Titan!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Penjualan Manga Tokyo Revengers melonjak naik lebih dari rekod Attack on Titan!!

Penjualan Manga Tokyo Revengers melonjak naik lebih dari rekod Attack on Titan!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd