Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[GameStart 2019] UNICLR, BBTAG dan RIVER CITY GIRLS telah kami cuba di booth Arc System Works! Jom usha pengalaman kami!

Ketiga-tiga fighting games ini ada kelebihan tersendiri!

Nyny.A by Nyny.A
October 14, 2019
in Acara, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PS4, Xbox One
0 0
0
[GameStart 2019] UNICLR, BBTAG dan RIVER CITY GIRLS telah kami cuba di booth Arc System Works! Jom usha pengalaman kami!
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan kami lah kalau tidak mencuba sendiri permainan-permainan yang menarik di sesebuah acara terutama acara yang baru sahaja menutup tirainya semalam iaitu GameStart 2019 yang berlansung di Suntec Hall and Exhibition. Berjalan-jalan di GameStart 2019 membuat kami tertarik dengan 3 fighting games yang membuat ramai orang beratur untuk mencubanya. Rupanya ketiga-tiga game ini adalah hasil Arc System Works, yang semalam kami sempat temuramah CEO- Minoru Kidooka mereka itu.

Jadi apa sebenarnya ketiga-tiga permainan yang dimaksudkan ini? Baiklah, permainan yang dimaksudkan adalah UNDER NIGHT IN-BIRTH Exe:Late[cl-r] (UNICLR); BlazBlue: Cross Tag Battle (BBTAG) dan RIVER CITY GIRLS. Ketiga-tiga permainan ini mempunyai genre yang sama iaitu fighting game, tapi ketiga-tiga ini mempunyai jalan permainan yang berbeza. Jadi, dibawah ini adalah pengalaman permainan kami di booth Arc System Works di GameStart 2019.

UNDER NIGHT IN-BIRTH Exe:Late[cl-r] (UNICLR)

Permainan ini memberi konsep 2D Anime Graphik yang mempunyai watak tersendiri yang nampak agak dramatik. Kemaskini dan pengembangan dari siri Under Night In Birth yang lalu yang akan hadir tahun 2020 untuk platform Nintendo Switch dan PlayStation 4!

Maaf, kami tidak dapat mengongsikan sebarang gambar atau video atas arahan pihak Arc System Works. Sama konsep seperti permainan fighting yang lain, kita dapat memilih di menu utama antara misi biasa, PvP, Player vs Ai, mod Offline dan mod Online. Jadi untuk percubaan 10 minit bagi permainan ini kami sempat mencuba watak Orie dan berlawan dengan Ai.

Tidak banyak watak buat masa ini untuk digunakan. Jadi kami menggunakan watak Orie yang menggunakan ‘The Ruler’ sebagai senjatanya. Orie dapat menggunakan abiliti kuasanya yang bernama Thanatos selepas EXP nya penuh. Penggerakan agak lembab sedikit, tetapi efek kuasanya agak menarik untuk menyerang musuh.

Kawalan tersangatlah senang, di butang (Square/Triangle/ Circle/ Cross) yang setiap satu nya adalah serangan dari yang biasa hinggalah yang paling kuat. Untuk melancarkan skil spesial adalah dengan menekan L1 + Square/Triangle atau R1 +Circle/Cross

BlazBlue: Cross Tag Battle (BBTAG)

BBTAG juga sama seperti UNICLR yang merupakan 2D crossover anime fighting games. Hadir pada tahun 2018 untuk platform PlayStation 4, Nintendo Switch and Microsoft Windows. Tetapi kali ini kami dapat mencuba pengembangan BBTAG 2.0 yang bakal hadir tahun hadapan. Juga ada pemilihan yang sama seperti UNICLR, cuma di menu utama BBTAG lebih kepada konsep ala-ala Dragon Ball FighterZ dengan watak yang bergerak di menu utama adalah berbentuk bujur dan chibi!

Sumber: Game Banana

Jadi kali ini, kami bermain PvP. Terdapat lebih 30 watak yang boleh dipilih, kesemuanya mempunyai kuasa tersendiri, comel, handsom, kawaii semuanya ada! Kami dapat memilih 2 watak untuk menentang pihak lawan. Nampak unik dengan terlalu banyak hero untuk menjadi pilihan, tetapi sebenarnya pengawalan agak mudah!

Kenapa ada Tag didalam nama permainan ini? Ini kerana pemain dapat menukar watak ketika berlawan dengan musuh! Memang ternyata BBTAG tampak lebih arked dari UNICLR. Dalam keupayaan ini, kita dapat dalam 3 serangan bantuan, kita boleh menukar watak dan watak yang masuk memberi kesan yang impak!

Kombo, kuasa skil menggunakan EXP, kesemuanya memang ada kelebihan sendiri. Kekuatan mereka tak terkata dengan pelbagai warna di skrin, BBTAG memang tidak akan membosankan anda!

RIVER CITY GIRLS (RCG)

Nak jadi budak buas dekat sekolah? Tak payah! Jadi dalam game ini dah cukup! RCG juga merupakan fighting game tapi dalam mekanik yang berbeza! Hadir di platform Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Xbox One pada bulan September lalu. Membawa persamaan seperti game lagenda Kunio-kun, permainan ini menggunakan grafik yang nampak pixel dan menggamit memori pixel arked lah!

Untuk diingatkan sekali lagi, ianya bukan permainan PvP seperti permainan UNICLR dan BBTAG. Kita boleh bermain dalam mod offline dan online, dapat dimainkan secara solo atau bersama rakan. Jadi kami mencuba permainan untuk 2 pemain. Terdapat 3 misi yang boleh dipilih, setiap misi mempunyai peratusan untuk disiapkan. Jadi kami dapat cuba dalam 10 minit juga untuk RCG ini.

Bermain sebagai Misako dan Kyoko untuk menyelamatkan teman lelaki Riki dan Kunio mereka Dalam perjalanan kami, kami terus dapat berjumpa dengan salah satu Boss untuk dikalahkan. Boss yang perlu dikalahkan adalah Misuzu. Seorang perempuan gemuk dan besar dan tersangatlah susah untuk menewaskan dia!

Dia sangat kuat dan boleh berlari, menggunakan ragenya untuk membuat kita tewas. Jadi, jika anda bermain berdua bersama rakan anda, anda perlu membuat ahli strategi hebat dengan rakan anda untuk menyelesaikannya. Watak-wataknya adalah pixelated kecil, dan agak sukar apabila melawan musuh besar seperti Misuzu! Tetapi ia masih seronok!

Gambaran keseluruhan

Bermain semua 3 permainan ini akan lebih seronok dengan kawan-kawan. Mudah dikawal, gunakan teknik yang lebih baik untuk menentang lawan. Semua watak juga kelihatan begitu baik dengan kesannya. Hanya RCG satu-satunya dengan pixelated, ia adalah unik, seperti yang dikatakan seperti di atas, wataknya kecil, jadi agak sukar untuk ditangani ketika melawan musuh besar. Jadi kami memang mengesyorkan anda untuk beli ketiga-tiga permainan ini terutama untuk lepaskan geram dan bergembira dengan rakan-rakan okay!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ARC SYSTEMS WORKSBBTAGBlazBlue: Cross Tag BattleRIVER CITY GIRLSUNDER NIGHT IN-BIRTH Exe:Late[cl-r]UNICLR
Previous Post

Ubisoft mengumumkan siri Animasi Baru berdasarkan Watch Dogs & Far Cry!

Next Post

Starbreeze mendedahkan Payday 3 akan keluar 2023!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Starbreeze mendedahkan Payday 3 akan keluar 2023!

Starbreeze mendedahkan Payday 3 akan keluar 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd