Antara yang paling teruja kami nantikan hari ini dalam acara Gamescom Opening Night Live 2020, permainan battle royale terbaru yang sangat chaos dan comel iaitu Fall Guys: Ultimate Knockout secara rasmi teah mendedahkan Sneak Peak Season 2 mereka yang sememangnya sangat menarik!
Sebagai sebahagian daripada musim baru, Mediatonic akan mengemas kini Fall Guys dengan tahap pusingan baru yang diilhamkan oleh abad pertengahan (Medieval) dan banyak lagi. Ada yang perlu masuk ke gelungan, bantuan yang lain untuk ke atas stage dan banyak lagi! Secara semula jadi, ada pakaian baru untuk dibuka, semuanya berkaitan dengan tema musim 2 dan sangat comel! Ahli sihir! Kesatria! Naga! Semua ada di sana. Musim baru ini akan bermula pada bulan Oktober.
Diterbitkan oleh Devolver Digital, Fall Guys dirilis pada 4 Ogos lalu dan sudah menjadi permainan yang paling banyak dimuat turun di PlayStation Plus. Permainan battle royale yang menyeronokkan ini telah disukai di seluruh platform dan Ia dilancarkan sebagai sebahagian dari PS Plus percuma pada bulan Ogos, tetapi juga telah terjual sebanyak 7 juta salinan di Steam, serta pemain biasa sangat gembira melihat apa yang akan datang untuk permainan ini.
Fall Guys kini tersedia untuk pemain Windows PC melalui Steam dan di PlayStation 4. Permainan mudah alih akan hadir di China, tetapi pemaju Mediatonic belum mengesahkan port permainan yang lain.
Fall Guys is currently available for Windows PC players via Steam and on PlayStation 4. A mobile game is coming to in China, but developer Mediatonic has not confirmed other ports of the game.

@gamersantaimy
Discussion about this post