gamescom asia 2022 akan kembali pada 20 – 23 Oktober 2022 dengan Zon Perdagangan fizikal berskala lebih besar, Zon Persidangan dan Zon Hiburan fizikal buat kali pertama. Segmen dalam talian masih akan disediakan untuk khalayak umum di seluruh dunia.
Bagi mereka yang tidak tahu, gamescom asia adalah acara satelit komputer dan permainan video terbesar di dunia, serta berfungsi sebagai platform ke dalam pasaran Asia-Pasifik demi menghubungkan warga Asia Tenggara yang pelbagai budaya. Acara itu dijangka menarik 15,000 jumlah pengunjung dan lebih 100 peserta dari Asia Pasifik dan selanjutnya.

Zon Hiburan
Para gamer, peminat dan orang ramai akhirnya dapat mengalami pameran dan demo percuma pada bulan Oktober ini di Zon Hiburan gamescom asia. Aktiviti-aktiviti lain seperti pertunjukan langsung, sesi temu bual bersama minda kreatif serta pertandingan cosplay sedang dirancang, bergantung pada SOP COVID-19.
Sorotan utama gamescom asia 2022 termasuk PRIMETIME dan STUDIO yang bakal kembali dalam bentuk rancangan langsung dalam talian percuma yang disiarkan di beberapa saluran. Khususnya, PRIMETIME akan diadakan pada 19 Oktober sebagai teaser pra-acara sebelum hari acara utama pada 20 hingga 23 Oktober 2022.

Zon Perdagangan dan Persidangan
Zon Perdagangan akan menerima pengunjung antarabangsa yang lebih besar kerana sekatan perjalanan ke Singapura kini dibuka. Daripada game AAA hingga ke indie- pelbagai jenis orang dari semua peringkat industri akan menghadiri ceramah pempamer dan pertunjukan bakat, mengatur mesyuarat perniagaan secara bersemuka dan mencuba Zon Hiburan menjelang pembukaannya kepada pelawat awam.
Di bahagian persidangan, agenda tahun ini merangkumi set topik yang bervariasi daripada membangunkan game untuk pelbagai platform, kepada pemasaran, pengurusan pengeluaran, teknologi baru dan banyak lagi. Terdapat juga aktiviti “face-to-face speed dating” antara developer, penerbit dan pelabur.

Untuk maklumat lanjut, layari gamescom.asia dan ikuti media sosial mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post