Semasa Opening Night Live dalam acara gamescom 2022, WB Games Montreal telah melancarkan trailer baharu yang memperkenalkan semua villain utama dalam Gotham Knight bersama-sama tarikh pelancaran baru pada 21 Oktober 2022.
Semakin dekat dengan tarikh pelancaran, mereka tidak melepaskan peluang untuk mendedahkan lebih banyak berkenaan game ini. Sebelum ini, kita dah lihat gameplay bagi setiap watak yang boleh dimainkan seperti Batgirl, Red Hood, Robin dan Nightwing.

Kali ini, mereka mendedahkan lebih banyak lagi dengan mengeluarkan trailer yang menampilkan villain utama dalam Gotham Knight. Dalam trailer ini, mereka mendedahkan banyak villain utama seperti Harley Quinn, Clayface, Mr. Freeze, Court of Owls dan banyak lagi. Nampaknya Renee Montoya akan bekerjasama dengan bekas pasukan Batman untuk melawan mereka semua. Korang boleh layan video trailer Gotham Knight Villain di bawah:
Untuk pengetahuan korang, Gotham Knights adalah game open world action-RPG baru yang menampilkan keluarga Batman di mana pemain boleh mengawal Batgirl, Nightwing, Red Hood dan Robin sebagai pelindung baru bandar Gotham selepas kematian Batman. Dunia penjenayah tiba-tiba semakin telah melanda Gotham, dan kini terserah kepada keluarga Batman baharu ini untuk melindungi bandar itu.

Sebelum ini, mereka telah menjadualkan Gotham Knight akan dilancarkan pada 25 Oktober 2022, namun dengan pelancaran trailer baharu, WB Games Montreal kini menukar tarikh pelancaran dengan membawanya ke hadapan iaitu pada 21 Oktober 2022. Ia akan dilancarkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Dengan tarikh pelancaran yang diawalkan bersama trailer baru bagi Gotham Knight yang menampilkan villain utama seperti Harley Quinn, nampaknya mereka sendiri tidak sabar untuk melancarkan game ini. Harap semuanya berjalan lancar selepas dilepaskan nanti.
Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post