Pada beberapa hari lepas, Bandai Namco Entertainment telah mendedahkan rakaman gameplay untuk game mobile akan datang, Sword Art Online Variant Showdown. Seperti yang dinyatakan semasa pengumuman, game ini lebih tertumpu kepada aspek aksi di mana kita sebagai pemain dapat mengawal parti yang terdiri daripada tiga watak.
Rakaman gameplay terbaru SAO Variant Showdown didedahkan semasa acara siaran langsung pertama bagi game tersebut. Khususnya, gameplay menunjukkan segmen pertempuran yang menampilkan Kirito, Asuna dan Silica melawan The Gleam Eyes. Pemain akan mengawal satu watak pada satu masa, dan boleh bertukar antara tiga watak berbeza dalam parti. Yui (AI) akan bertindak selaku pembimbing parti dan pengajar tutorial.
Setiap watak dibahagikan kepada 3 kelas berbeza iaitu:
- Attacker: yang pakar dalam menyerang
- Defender: boleh menyerap nilai damage yang tinggi dari musuh
- Supporter: dapat meningkatkan kebolehan watak lain dan boleh ‘debuff’ musuh.

Watak-watak ini kemudian mempunyai akses kepada tiga kemahiran iaitu Attack skill, Recovery Skill dan Support skill. Dengan menukar watak pada masa yang tetapi dan menggabungkan serangan kepada kombo berjaya, pemain boleh melakukan damage yang lebih tinggi ke atas musuh.
Selain, setiap watak boleh memasuki fasa ‘Awakening’. Dalam bentuk ini, abiliti tidak akan mempunyai cooldown dan kita dapat bertukar antara watak pada bila-bila masa. Pada masa yang sama, watak ‘Awakened’ itu juga akan mempunyai akses kepada ‘Finishing skill’ yang hebat.

Selain gameplay, kita juga ]menerima berita bahawa Sword Art Online Variant Showdown akan mempunyai mode battle royale di mana kita boleh melawan pemain lain. Malangnya, mode battle royale masih dalam pembangunan, jadi tidak banyak maklumat yang dikongsikan.
Sword Art Online Variant Showdown bakal dikeluarkan untuk peranti iOS dan Android di seluruh dunia pada tahun 2022. Bagi mereka yang berminat, prapendaftaran kini tersedia melalui akaun media sosial rasmi game itu.
@gamersantaimy
Discussion about this post