Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay rasmi Bright Memory: Infinite didedahkan bersama promosi diskaun istimewa untuk prekuel di STEAM!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 26, 2020
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Gameplay rasmi Bright Memory: Infinite didedahkan bersama promosi diskaun istimewa untuk prekuel di STEAM!
Share on FacebookShare on Twitter

Bright Memory: Infinite telah diumumkan awal tahun lepas untuk PC dan sistem konsol semasa. Sejak itu, tidak banyak maklumat yang kami dapatkan daripada pemaju FYDQ Studio. Berita baik ialah hari ini, sebuah trailer baru telah diumumkan yang menunjukkan persekitaran baru dan kemajuan yang dibuat dalam visual permainan.

Dalam trailer ini, protagonis, Sheila, menggabungkan serangan melee berasaskan pedang dengan permainan menembak yang pantas untuk menewaskan “raksasa mitos dan askar-askar futuristik.” Bagi mereka yang tidak tahu, Bright Memory: Infinite sebenarnya adalah kesinambungan kepada Bright Memory, demo terkenal yang dikeluarkan untuk Steam dan GOG secara Early Access pada tahun 2016.

Walaupun banyak yang kita tidak tahu tentang Bright Memory: Infinite, saya tahu bahawa ia sepatutnya dikeluarkan pada hujung 2020 untuk PC. Pemaju sebelum ini berkata permainan akan dikeluarkan pada PS4 dan Xbox One. Namun, beliau juga berkata untuk berpindah ke sistem next-gen baru, seperti PS5 dan Xbox Series X, jika pembangunan konsol tersebut mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan.

Selain daripada mendedahkan gameplay, FYDQ telah mengeluarkan kemas kini terakhir untuk Bright Memory. Dilancarkan secara rasmi hari ini di Steam dan GOG, kemas kini ini boleh didapati untuk semua pemain. Ia memperkenalkan beberapa perubahan, termasuk skin baru untuk Sheila dan lima bahasa baru untuk sarikata.

Bright Memory biasanya bernilai RM17.50 di Steam, tetapi dengan promosi istimewa, ia kini dijual pada harga RM11.72! Satu lagi perkara penting ialah pemilik game Bright Memory akan dapatkan Bright Memory: Infinite secara PERCUMA! Siapa yang tak suka tawaran ini kan?

KLIK DI SINI UNTUK PROMOSI
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bright MemoryBright Memory: InfiniteFPSFYDQPCsteam
Previous Post

ONE PIECE: 10 lanun kuat yang harus diberi perhatian di New World!

Next Post

Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Season 1 ditangguhkan untuk melindungi kesihatan pemain!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Season 1 ditangguhkan untuk melindungi kesihatan pemain!

Rainbow Six Operation League MY/SG/PH/ID Season 1 ditangguhkan untuk melindungi kesihatan pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd