Baru-baru ini, terdapat kebocoran video mengenai Need for Speed Mobile yang sedang dibangunkan oleh Timi Studio dari Tencent. Syarikat ini juga telah develop game seperti PUBG Mobile, Call of Duty Mobile dan Pokémon Unite.
Buat masa sekarang, EA masih belum mendedahkan secara rasmi mengenai Need for Speed Mobile. Walau bagaimanapun, video yang bocor dan dikongsikan pada subreddit Need for Speed adalah kemunculan buat pertama kali untuk orang ramai melihat game ini.
Video ini telah diambil semasa ujian baru-baru ini, gameplay yang memaparkan sekitar 45 saat menunjukkan perlumbaan open-world di bandar. Dengan waktu yang bertukar daripada siang ke malam semasa pemanduan, ianya terasa seperti Need for Speed Heat 2019.
Selain itu, menurut orang yang bertanggungjawab terhadap kebocoran itu, Need for Speed Mobile dibangunkan menggunakan Unreal Engine 4 dan menggunakan sepenuhnya peta daripada Need for Speed Heat. Dia juga mendakwa bahawa game ini tidak mempunyai jalan cerita dan tiada polis semasa ujian dijalankan.

Pada masa yang sama, hanya tiga kereta yang tersedia seperti McLaren F1, Lamborghini Aventador SVJR, dan Gallardo. Menurut pembocor, pengendalian kereta sama seperti Need for Speed Edge dan termasuk beberapa kesan drift boost.

Sementara Need for Speed Mobile masih belum diumumkan secara rasmi, EA telah mengesahkan bahawa siri terbaru Need for Speed akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Ianya akan dilancarkan untuk konsol next-gen sahaja iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
Untuk pengetahuan korang, siri terbaru Need for Speed telah ditangguhkan daripada tahun 2021 kepada tahun 2022. Game ini dibangunkan oleh Criterion Games yang bertanggungjawab dalam Need for Speed Hot Pursuit dan Most Wanted.

Jadi, dengan adanya video gameplay Need for Speed Mobile yang telah dibocorkan, apa pendapat korang? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Need for Speed, sila klik pautan ini.
Sumber: Eurogamer
@gamersantaimy
Discussion about this post