Pada lewat hari semalam, organisasi esport Jepun CAG Osaka telah memuat naik video gameplay bagi fighting game “Hunter x Hunter: Nen x Impact” sempena penampilan sulungnya sebagai “playable demo” di EVO Japan 2024 pada hujung minggu ini.
Sebelum saya jelas lebih lanjut, berikut adalah video gameplay tersebut:
Sebagai salah satu kejutan terbesar pada tahun ini, Hunter x Hunter: Nen x Impact dibangunkan oleh Eighting, pembangun di sebalik Naruto: Clash of Ninja, Tatsunoko vs. Capcom: Cross Generation of Heroes, dan juga Marvel vs Capcom 3. Oleh kerana resume pemaju yang hebat, padan lah ramai tidak sabar untuk melihat rupa Nen x Impact.

Kembali ke soal gameplay, CAG Osaka telah mengeluarkan gameplay 13 minit untuk game itu yang memaparkan pandangan pertama untuk fighting game 3v3 tersebut.
Kami diperkenalkan kepada enam watak di dalam ketika mereka dipilih di daripada roster watak yang terdiri daripada 16 watak terkenal. Mungkin ramai yang kurang senang dengan rupa visual, tetapi game Hunter x Hunter ini masih dalam proses, jadi visual awal itu tidak mewakili rupa akhir produk.

Watak yang boleh dimainkan dalam demo ialah Netero, Hisoka, Leorio, Kurapika, Gon dan Killua.
Pemain akan membentuk satu pasukan yang terdiri daripada tiga watak dan kemudian memilih urutan yang mereka akan bertarung sebelum perlawanan bermula. Aksi mengikut formula Eighting di mana watak bergerak pantas di atas darat, boleh air dash, kombo pantas dan assist maneuver oleh watak-watak dalam parti.

Kita juga dapat melihat lima Ultimate Attack dalam rakaman gameplay itu, di mana watak menggunakan teknik mereka yang paling kuat yang ditunjukkan dalam animasi gah.

Selain daripada gameplay di atas, laman web gaming Goziline turut menyiarkan gameplay tambahan untuk Hunter x Hunter: Nen x Impact yang anda boleh lihat di bawah.
Hunter x Hunter: Nen x Impact akan tersedia untuk PlayStation 5, Switch dan PC melalui Steam tetapi malangnya, tarikh keluaran masih belum diumumkan.
@gamersantaimy
Discussion about this post