Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Genshin Impact terkini didedahkan untuk PS5, akan keluar pada 28 April!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 22, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Gameplay Genshin Impact terkini didedahkan untuk PS5, akan keluar pada 28 April!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, pembangun dan penerbit hiburan interaktif global miHoYo mempamerkan versi PlayStation®5 dari permainan ARPG dunia terbuka mereka yang dipanggil Genshin Impact, dalam sebuah video. Bakal dilancarkan pada 28 April, versi PlayStation®5 akan berjalan pada resolusi 4K dengan tekstur yang ditingkatkan dan menawarkan pengalaman pengembaraan yang lebih lancar kepada para Traveler.

Dalam video di atas, miHoYo mendedahkan beberapa cara utama Genshin Impact dapat memanfaatkan platform PlayStation®5 dan menawarkan prestasi permainan generasi seterusnya. Tekstur halus dan graphic library menambah ketajaman butiran baru ke dunia permainan, lalu membuatkan Teyvat muncul dengan butiran yang lebih kaya dan tajam daripada sebelumnya.

Sistem pemuatan fail yang dibina khusus untuk SSD PlayStation®5 sangat kuat, dan load time yang lebih pantas menawarkan pengalaman permainan yang lebih lancar semasa bertualang di dunia permainan yang luas dan pelbagai. Pemain PlayStation®5 juga dapat menikmati salah satu mercu tanda paling popular di Liyue – pemandangan Qingyun Peak yang dikemas kini secara eksklusif.

miHoYo juga mengesahkan rancangan untuk menggunakan fungsi PlayStation®5 di masa depan, termasuk memberikan sokongan tambahan untuk fitur DualSense Controller.

“Kami telah berusaha mengembangkan pelbagai fungsi untuk memaksimumkan konsol generasi seterusnya dalam jangka panjang. Dalam kemas kini akan datang, kami masih memiliki banyak potensi untuk meningkatkan kualiti grafik dan prestasi permainan – sekarang kami hanya menyentuh permukaan sahaja.” -kata Zhenzhong Yi, Pengarah Teknikal miHoYo.

Genshin Impact akan tersedia di PlayStation®5 bersama dengan kemas kini v1.5 pada 28 April 2021. Permainan ini tersedia secara percuma di mana pemain dari versi PlayStation®4 dapat meneruskan pengembaraan mereka tanpa sebarang masalah. Ia pertama kali dilancarkan di PlayStation®4, PC, Android, dan iOS pada 28 September 2020.

Untuk segala liputan kami tentang Genshin Impact, sila tekan di sini.

Sumber – Genshin Impact

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DualSenseGenshin ImpactmiHoYoplaystation 5ps5
Previous Post

Bandai mengumumkan Tales of Arise akan dilancarkan pada 10 September

Next Post

Diablo Immortal memulakan ujian alpha dengan kelas Crusader & kandungan PvP baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Diablo Immortal memulakan ujian alpha dengan kelas Crusader & kandungan PvP baru!

Diablo Immortal memulakan ujian alpha dengan kelas Crusader & kandungan PvP baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd