Elden Ring menjadi buah topik ketika pertama kali didedahkan pada acara Microsoft E3 pada tahun 2019. Sayangnya, tiada apa-apa berita baru yang didedahkan selepas pengumuman itu. Sehingga hari ini, peminat tidak tahu apa rupa Elden Ring tanpa trailer atau gameplay rasmi, tetapi nampaknya ini akan segera berubah.
Beberapa orang industri mengatakan bahawa Elden Ring akan didedahkan tidak lama lagi, dan nampaknya pernyataan mereka boleh disahkan. Terbukti, sebuah trailer baru Elden Ring telah tertular dalam internet! Dilaporkan oleh VGC, mereka telah melihat trailer Elden Ring yang bocor itu dan menjelaskan tentang apa yang ditunjukkannya, tetapi memilih untuk berhenti berkongsi video penuh bagi mengelakkan masalah undang-undang.
https://www.youtube.com/watch?v=UZ8kk0I3tkU&feature=emb_title
Menurut laporan VGC, video Elden Ring yang bocor itu dimulakan dengan tukang cerita yang berkata:
“I can only imagine what drives you to seek the Elden Ring. I suppose you can’t be talked into turning back. Very well then!”
https://twitter.com/LoruleLegend/status/1366424670665400327
Selepas itu, pemain akan mendapat pandangan pertama pada gameplay Elden Ring, yang digambarkan sebagai “pertempuran jarak dekat ala-ala francais Souls.” Peminat juga dapat melihat sekilas pandang pada pertarungan bersama bos naga dan musuh gergasi yang memakai pedang
Walaupun sistem pertempuran dipamerkan dalam trailer ini, ia juga menunjukkan persekitaran permainan yang lebih terbuka. Konsep “open-world” Elden Ring telah lama dikatakan sebagai komponen penting dalam permainan, dan pemain akhirnya akan dapat melihatnya dengan mata sendiri apabila trailer rasmi keluar tidak lama lagi.
Nampaknya kita akan mendapat beberapa berita besar tentang Elden Ring bulan ini! Buat masa ini, Elden Ring sedang dikembangkan untuk PC, PS4, dan Xbox One, dan jika anda berminat untuk baca segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post