Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Digimon: Source Code didedahkan, game mobile Digimon baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 3, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
Gameplay Digimon: Source Code didedahkan, game mobile Digimon baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya diumumkan pada Disember 2021, baru-baru ini Bandai Namco Entertainment telah mempamerkan gameplay serba baharu untuk Digimon: Source Code – game mobile terbaru berdasarkan francais popular Digimon. Ramai yang menganggap projek ini dibatalkan kerana penutupan laman web rasmi pada April 2022 tetapi nampaknya game ini masih hidup selepas demo gameplay baharu ditampilkan semasa acara ChinaJoy 2023.

Menurut sumber, Digimon: Source Code ialah judul “turn-based RPG” di mana anda mengawal aksi Digimon dalam pertempuran. Game ini memfokuskan pada kelajuan giliran di mana anda perlu bijak memanfaatkan serangan asas, serangan istimewa dan pandai mengelak untuk mengatasi pihak lawan. Video gameplay juga menunjukkan betapa pentingnya komposisi pasukan kerana kombinasi sinergi Digimon boleh menghasilkan serangan yang kuat diinspirasikan oleh siri anime ikonik.

Wiki pula menyatakan bahawa lebih 300 Digimon akan semasa pelancaran, termasuk beberapa transformasi kuat seperti Omnimon. Antara Digimon yang pasti akan muncul termasuk:

  • Agumon
  • Gabumon
  • Patamon
  • Biyomon
  • Gomamon
  • Palmon
  • Gatomon
  • Piedmon
  • WarGreymon
  • Magnamon
  • Omnimon
  • Kentaurosmon
  • Veemon
  • Guilmon
  • MagnaAngemon
  • Angewomon
  • MetalGarurumon
Kredit: Santon Plays
Kredit: Santon Plays
Kredit: Santon Plays

(Gameplay ini diambil daripada Santon Plays)

Malangnya, Digimon: Source Code hanya tersedia untuk dimuat turun di China sahaja buat masa ini, tetapi saya yakin ramai yang tidak sabar untuk tahu lebih lanjut apabila Bandai Namco mengeluarkan game mobile ini di seluruh dunia.


Itu sahaja yang saya tahu tentang Digimon: Source Code setakat ini. Tarikh keluaran rasmi dan jika ia akan dikeluarkan di seluruh dunia termasuk Malaysia tidak dijelaskan tetapi harap-harap kami akan mendapat info lanjut dalam masa terdekat. Untuk membaca segala liputan kami tentang Digimon, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: digimonDigimon: Source CodeMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Dek, Pokemon Kegemaran? — Perkongsian Menarik oleh Pemain Terbaik Pokémon Trading Card Game Jepun!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Kenali Suguru Geto & Mengapa Dia Menjadi Jahat?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46
Preview

Previu The Elder Scrolls Online: Seasons of the Worm Cult – Part 1 & Update 46

June 2, 2025
Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Kenali Suguru Geto & Mengapa Dia Menjadi Jahat?

Jujutsu Kaisen: Kenali Suguru Geto & Mengapa Dia Menjadi Jahat?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd