Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Baru Honor of Kings: World Pamerkan Aksi Open-World & Boss Fight Epik

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, RPG
0 0
0
Gameplay Baru Honor of Kings: World Pamerkan Aksi Open-World & Boss Fight Epik
Share on FacebookShare on Twitter

TiMi Studio Group dan Tencent Games telah memperkenalkan trailer gameplay terbaru Honor of Kings: World menerusi saluran YouTube rasmi mereka.

Trailer Honor of Kings: World berdurasi enam minit ini, yang turut disertakan dengan developer diary, memfokuskan pada gameplay sistem combat yang dinamik serta elemen multiplayer cooperative.

Trailer ini menyerlahkan sistem combat berasaskan aksi, digambarkan sebagai versi 3D yang berevolusi daripada abiliti hero dalam game MOBA original Honor of Kings. Pemain mengawal watak utama yang boleh membentuk ikatan dengan hero legenda — setiap satunya menawarkan kemahiran tersendiri yang boleh ditukar secara lancar dalam pertarungan bagi mencipta kombo serangan yang kompleks. Sistem ini memberi kebebasan kepada pemain untuk membina strategi melalui gabungan abiliti hero dan pelbagai jenis senjata.

Kredit: Tencent Games

Antara momen utama dalam trailer ini ialah pertarungan intensif menentang bos bernama Crimson Beast — makhluk besar yang memerlukan ketepatan mengelak dan serangan yang dirancang rapi. Trailer menunjukkan betapa pentingnya taktik dan penguasaan skil dalam menewaskan musuh sukar, dengan pelbagai skil digunakan secara bergilir untuk menangani serangan bos. Penerbit turut menerangkan melalui developer diary bagaimana sistem combat ini dibina dan bagaimana watak lain memainkan peranan penting, bukan sahaja dalam pertarungan tetapi juga dalam naratif menerusi latar belakang mereka yang unik.

Kredit: Tencent Games

Honor of Kings: World turut menampilkan elemen multiplayer yang mantap dengan penekanan kepada cooperative play. Trailer memperlihatkan pemain menjelajah dunia bersama, bertarung melawan bos dan menyelesaikan misi secara berkumpulan. Mod PvE seperti membunuh raksasa telah disahkan, begitu juga mod PvP untuk perlawanan satu lawan satu, walaupun fokus utama trailer adalah pada pengalaman cooperative PvE.

Kredit: Tencent Games

Honor of Kings: World dijangka keluar pada tahun 2025 untuk PC dan peranti mobile (iOS dan Android), seperti yang diumumkan semasa acara Apple pada September 2024. Namun begitu, tarikh pelancaran rasmi masih belum didedahkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Honor of Kings: World
ShareTweetSend
Previous Post

Valorant Mobile Akan Dilancarkan di China Dahulu, Gameplay Baharu Dikongsi

Next Post

MSI Melancarkan Siri Laptop Venture di Malaysia, Harga Bermula RM4,099!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
MSI Melancarkan Siri Laptop Venture di Malaysia, Harga Bermula RM4,099!

MSI Melancarkan Siri Laptop Venture di Malaysia, Harga Bermula RM4,099!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd