Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay 5 minit Hitman 3 didedahkan, menampilkan Agent 47 di Dubai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 4, 2021
in Artikel, Berita, Epic Store, Genre, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, Stealth, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Gameplay 5 minit Hitman 3 didedahkan, menampilkan Agent 47 di Dubai!
Share on FacebookShare on Twitter

“Welcome to Dubai, 47.”

Itu adalah kata-kata pertama yang saya dengar semasa menonton trailer terbaru Hitman 3. Bagi peminat yang tidak sabar untuk melihat dunia permainan Hitman 3 dengan lebih lanjut, kini anda ada sejumlah info dan visual baru untuk kaji dengan lebih terperinci.

Sebagai ansuran terbaru dalam siri ikonik oleh IO Interactive, Hitman 3 akan mengikuti formula yang sama dengan dua permainan sebelumnya. Setiap level akan berlangsung di lokasi-lokasi berbeza, di mana pemain harus memikirkan cara untuk membunuh sasaran. Lokasi yang disebutkan sebelum ini termasuk acara “runway”, spa kesihatan di gunung, trek lumba, dan lain-lain. Kini pemain dapat melihat salah satu misi untuk Hitman 3, yang berjudul “On Top of the World.”

Anda boleh menonton lima minit pertama misi Dubai di Hitman 3 melalui trailer gameplay di bawah:

Berbanding dengan trailer gameplay lama Hitman 3 di Xbox, gameplay kali ini tidak memaparkan banyak aski dan juga mengehadkan maklumat tentang persekitaran level “Dubai“, kaedah untuk membunuh, dan pilihan-pilihan yang pemain boleh guna untuk berinteraksi. Apabila kita bermain di bangunan yang tinggi, penuh dengan macam-macam jenis objek, pemain pasti mempunyai banyak idea dalam kepala kan, tetapi tidak ada satu yang ditunjukkan dalam trailer ini.

Secara keseluruhan, misi Dubai akan berfungsi sebagai sejenis tutorial untuk pemain baru dan hanya satu fitur sahaja yang ditunjukkan iaitu kamera, yang digunakan oleh Agent 47 untuk mengimbas kunci agar dapat dibuka. Nasib baik lah kita tidak perlu tunggu lama kerana Hitman 3 akan dilancarkan di Nintendo Switch, PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X/S pada 20 Januari 2021. Kunci tarikh itu ya!

Muat turun di sini
Hitman 3
Publisher: IO Interactive
Developer: IO Interactive
Release Date TBC
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Hitman 3 adalah permainan stealh akan datang yang dikembangkan dan diterbitkan oleh IO Interactive. Permainan ini akan menjadi ansuran utama ke-8 dalam siri Hitman dan ansuran ketiga dan yang terakhir untuk trilogi World of Assassination, selepas Hitman dan Hitman 2, sempena perayaan ulang tahun ke-20 siri ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Agent 47dubaiGameplayHitman 3IO Interactive
Previous Post

Filem Reboot aksi langsung Resident Evil disenaraikan lancar pada 9 September 2021!

Next Post

Kan dah 2021… Ini antara senarai permainan yang sangat dinantikan tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kan dah 2021… Ini antara senarai permainan yang sangat dinantikan tahun ini!

Kan dah 2021... Ini antara senarai permainan yang sangat dinantikan tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd