Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game yang tidak update 2 tahun di App Store akan terus dibuang [Khabar angin]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2022
in Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game yang tidak update 2 tahun di App Store akan terus dibuang [Khabar angin]
Share on FacebookShare on Twitter

Apple sedang dalam proses membuang semua game dan aplikasi lama yang tidak dikemas kini atau update selama beberapa tahun di App Store, menurut beberapa developer indie. Asalnya dilaporkan oleh VGC, developer-developer ini telah berkongsi e-mel daripada Apple yang menunjukkan App Store sedang mengalami perubahan.

Secara lebih khusus, mesej “App Store Improvement Notice” akan dihantar kepada pemilik aplikasi yang tidak dikemas kini untuk tempoh masa yang lama lalu akan memberitahu pengguna bahawa aplikasi itu akan dibuang daripada App Store dalam masa 30 hari. Pencipta/developer boleh memastikan aplikasi mereka kekal aktif di App Store dengan memuat naik semakan kemas kini dalam masa 30 hari.

Jadi aplikasi apa yang disasarkan? Apple akan membuang semua aplikasi yang berumur lebih daripada dua tahun dan tidak mempunyai sebarang kemas kini. Inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik navigasi App Store dengan menyingkirkan aplikasi yang tidak berfungsi dan ketinggalan zaman, serta tidak lagi berfungsi pada iOS moden.

“Untuk memudahkan pelanggan mencari aplikasi hebat yang sesuai dengan keperluan mereka, kami ingin memastikan aplikasi yang tersedia di App Store berfungsi dan terkini”…

“Walau bagaimanapun, pengguna yang mempunyai aplikasi lama yang dimuat turun ke peranti mereka tidak seharusnya terlalu bimbang kerana aplikasi tersebut harus kekal “berfungsi sepenuhnya untuk pengguna semasa.”

dari laman web rasmi Apple.

Walaupun niat Apple adalah untuk meningkatkan peluang kita mencari aplikasi berguna dan kualiti keseluruhan App Store, tetapi bagi kebanyakan developer indie, ini bermakna mereka harus sentiasa mencipta update jika mahu aplikasi/game mereka kekal tersedia di App Store.

Selepas berita ini menjadi viral, sesetengah developer meluahkan rasa kecewa mereka dengan polisi ini. Salah satu ialah Protopop Games, yang berkata polisi baharu Apple amat “tidak cool” dan menganggapnya sebagai “penghalang yang tidak adil kepada pemaju indie”.

I feel sick. Apple just sent me an email saying they're removing my free game Motivoto because its more than 2 years old.

It's part of their App improvement system.

This is not cool. Console games from 2000 are still available for sale.

This is an unfair barrier to indie devs. pic.twitter.com/7XNcLfiEcR

— Protopop Games | 🙏🏽 Wishlist Meadowfell on Steam (@protopop) April 23, 2022

Apa pendapat anda? Korang ada tak mana-mana game atau app feveret tapi dah lama tak dapat update? Untuk segala liputan kami tentang iOS, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: App StoreiOSMobile
Previous Post

PlayStation rancang untuk lancarkan lebih banyak game ke PC!

Next Post

Todak menjuarai MPL Malaysia S9, akan mewakili negara dalam MSC 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Todak menjuarai MPL Malaysia S9, akan mewakili negara dalam MSC 2022

Todak menjuarai MPL Malaysia S9, akan mewakili negara dalam MSC 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd