Game FPS terbaru oleh Ubisoft, XDefiant nampaknya akan ditunda berikutan gagal mendapatkan kelulusan daripada PlayStation dan Xbox. Apa yang berlaku sebenarnya? Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.
Producer game, Mark Rubin telah menyatakan bahawa Ubisoft telah pun memulakan proses pensijilan untuk XDefiant pada PlayStation dan Xbox pada akhir Julai yang lalu. Tetapi keputusan yang mereka dapat bukanlah perkara yang dijangka. Nampaknya ada banyak bug yang pembangun perlu diselesaikan untuk game tersebut dilancarkan pada konsol.
Menurut Rubin, “compliance bug merupakan salah satu (bug) yang berkait dengan sistem dan keseluruhan pengalaman yang parti pertama perlu jangka daripada game pada platform mereka. (sebagai contoh, Adakah piala dijejak dengan baik, adakah senarai rakan saya dikemas baik dengan baik dengan status game dan lain-lain).” Senang cerita, ia bukanlah masalah bug daripada gameplay game itu sendiri.

Berita baiknya, Ubisoft sedang merancang untuk menghantar versi XDefiant yang dikemas kini untuk kelulusan tersebut dalam beberapa minggu akan datang. Kalau ia lulus, ada potensi game tersebut boleh dilepaskan tidak lama lagi. Tetapi jika game tersebut memerlukan pembangun untuk berikan Day 1 Patch, ada kemungkinan besar XDefiant akan dilancarkan pada bulan Oktober.

Kepada anda yang ternanti-nantikan game ini, anda perlulah menunggu kemas kini baharu daripada Ubisoft selepas ini. Untuk mendapatkan berita lain berkenaan XDefiant daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post