Buat semua peminat manhwa di Malaysia, webcomic popular Solo Leveling akhirnya akan diadaptasikan kepada game, di mana Netmarble Games secara rasmi akan menguruskan pembangunan. Sempena pengumuman ini, korang boleh tonton treler gameplay di bawah:
Seperti yang korang boleh nampak, gameplay Solo Leveling amat fast-paced dan menugaskan pemain untuk bersaing dengan musuh yang lebih kuat dan besar dalam “dungeon” tertentu. Netmarble tidak menunjukkan apa-apa yang khusus tentang sistem gameplay, tetapi berdasarkan pemerhatian, nampak sistem pertempuran terdiri daripada combo biasa seperti light attack, heavy attack, charge attack dan juga jenis sistem panggilan di mana kita boleh mengarahkan rakan sekutu untuk menyerang musuh. Bukan protagonis Sung Jin Woo sahaja, malah banyak watak lain turut muncul dalam treler dan nampak boleh dimainkan, termasuk Cha Hae-In.



Game ini jatuh kepada genre “single-player RPG action”, dan misi utama adalah untuk menguatkan protagonis Sung Jin Woo dengan meningkatkan kemahiran atau menambah Hunter yang hebat ke parti kita. Netmarble menjanjikan pengalaman gameplay yang menyeronokkan, dengan adegan pertempuran sinematik yang mencerminkan gaya manhwa original.

Walaupun tidak dinyatakan secara khusus, game ini dikatakan akan keluar di mobile dan PC. Selain game Solo Leveling, Netmarble turut mengumumkan The Seven Deadly Sins Origin pada masa yang sama. Korang boleh baca lagi tentang game open-world tersebut di SINI.

Siri ini bermula sebagai web novel sebelum beralih menjadi webtoon di KakaoPage. Webtoon Solo Leveling pula dihasilkan oleh Dubu dari Redice Studio bermula pada Julai 2016 dan baru-baru ini tamat dengan jumlah bab sebanyak 179 bab pada Disember 2022. Untuk segala liputan kami tentang Solo Leveling, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post