Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game seram Devotion akhirnya dijual semula di laman web rasmi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 16, 2021
in Artikel, Berita, PC, Platform, Seram
0 0
0
Game seram Devotion akhirnya dijual semula di laman web rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Game seram Devotion dari Taiwan menjadi topik yang popular pada tahun 2019 setelah ia dibuang dari Steam, kerana dituduh mengejek presiden China, Xi Jinping. Game itu sepatutnya kembali melalui platform GOG pada bulan Disember lalu, namun, mereka memutuskan untuk batalkan rancangan ini pada saat-saat akhir, dan menyatakan alasan mereka adalah “mesej dari pemain.”

Hello, Red Candle e-shop is now online. https://t.co/smmZxHj7zQ#返校Detention, #還願Devotion and our future projects will all be on e-shop in DRM-free format.

We hope to provide a direct and simple purchasing channel for players who’re interested in our games. pic.twitter.com/1SxzBZSiyW

— redcandlegames (@redcandlegames) March 15, 2021

Hari ini, Red Candle Games mendedahkan bahawa Devotion akhirnya dijual semula, di mana studio tersebut memutuskan untuk menjual salinan digital melalui laman web rasmi mereka. Pemain boleh membeli Devotion secara berasingan atau sebagai sebahagian daripada beberapa bundle. Laman web ini juga menjual game sebelum mereka, Detention.

Diumumkan di Twitter, Red Candle mendakwa bahawa mereka ingin “menyediakan saluran pembelian yang direct dan simple” untuk peminat. Selain itu, mereka mendedahkan bahawa e-shop ini adalah bebas dari DRM dan pada masa yang sama, menceritakan sedikit tentang “projek akan datang” yang dikendalikan oleh pasukan.

Bagi bundle yang boleh dibeli oleh pemain buat masa ini, terdapat versi Detention dan Devotion yang dibungkus dengan OST masing-masing. Terdapat juga tawaran di mana kita boleh membeli kedua-dua bundle pada harga yang lebih murah, yang bernilai $33.56 (anggaran RM138.08). Jika tidak, anda juga dapat membeli versi standard untuk kedua-dua game ini, dengan Devotion yang berharga $16.99 (anggaran RM69.91) dan Detention yang berharga $11.99 (anggaran RM49.33).

Bagi mereka yang tidak pernah mencuba, Devotion mengisahkan seorang penulis skrip malang bernama Feng Yu yang tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama isteri dan anaknya. Jalan cerita akan menampilkan beberapa peristiwa penting dalam hidupnya, dan menceritakan kehidupan Yu melalui visi surealisme, gambar-gambar yang menyeramkan, dan teka-teki yang mengelirukan. Game ini dipuji kerana visinya yang memutar-belit dan naratif yang menarik semasa pelancaran, tetapi ramai yang tidak berkesempatan untuk cuba game ini selepas ia dibuang hanya empat hari kemudian setelah membuat debut sulung.

Mengapa ia dibuang? Ada pemain mendakwa mereka jumpa sejenis azimat yang membandingkan presiden China, Xi Jinping, dengan Winnie the Pooh (merupakan perbandingan yang popular di internet mengenai pemimpin tersebut). Red Candle Games dengan cepat membuang rujukan kontroversial itu setelah permainan mereka dikenakan “review-bomb (diberi ulasan teruk)” oleh pemain China, dan akhirnya dibuang dari platform Steam di seluruh dunia.

Akhirnya, game seram Devotion telah kembali dan Red Candle kini dapat fokus pada projek seterusnya, yang diumumkan pada bulan Disember lalu. Tidak banyak yang dibincangkan tentang game misteri ini, tetapi jika kita melihat portfolio studio, ada kemungkinan besar ia adalah game seram baru.

Sumber – Red Candle Games

Muat turun di sini
Devotion
Publisher: Red Candle Games
Developer: Red Candle Games
Release Date: 2019-02-19
Mac OS, Microsoft Windows
Devotion mengisahkan seorang penulis skrip malang bernama Feng Yu yang tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama isteri dan anaknya. Jalan cerita akan menampilkan beberapa peristiwa penting dalam hidupnya, dan menceritakan kehidupan Yu melalui visi surealisme, gambar-gambar yang menyeramkan, dan teka-teki yang mengelirukan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaDetentionDevotionRed candle gamessteam
Previous Post

Acer Malaysia mengumumkan Acer Nitro 5 yang terbaru dan Peraduan #CreateYourDreamSpace

Next Post

Khabar Angin: Blizzard Sedang Membangunkan Game Multiplayer AAA

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai
Berita

Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai

July 1, 2025
Next Post
Khabar Angin: Blizzard Sedang Membangunkan Game Multiplayer AAA

Khabar Angin: Blizzard Sedang Membangunkan Game Multiplayer AAA

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd