Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Seram Comel ‘Little Nightmares III’ Tunjuk Gameplay Co-op Buat Pertama Kali!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2023
in Artikel, Berita, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Game Seram Comel ‘Little Nightmares III’ Tunjuk Gameplay Co-op Buat Pertama Kali!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Bandai Namco dan Supermassive Games telah mengeluarkan video gameplay pre-alpha selama 18 minit untuk Little Nightmares III, yang mempamerkan aksi two-player co-op dalam level bernama “The Necropolis”.

Sebelum menjelaskan lebih lanjut tentang gameplay, anda boleh menonton video di bawah untuk gambaran am:

Dalam Little Nightmares III, dua protagonis utama, Low dan Alone, perlu melalui Spiral untuk mencari jalan keluar dari Nowhere. Perjalanan mereka bermula di Necropolis, sebuah tempat yang unik, dibuat dari padang pasir dan penuh dengan angin kencang. Dahulu didiami oleh Dweller, tetapi sekarang metropolis kuno itu lebih kepada sebuah kota hantu di mana dua kanak-kanak itu perlu mengelakkan beberapa ancaman bahaya, termasuk Monster Baby.

Kredit: Bandai Namco

Bagi mereka yang tertanya-tanya mengapa keseluruhan gameplay Little Nightmares III di atas memfokuskan pada co-op, ini kerana ciri itu merupakan perubahan yang drastik daripada gameplay standard Little Nightmares. Little Nightmares 2 menampilkan lebih daripada satu watak utama tetapi pemain memerlukan bantuan AI untuk menyelesaikan teka-teki. Dalam Little Nightmares 3, pemain akhirnya dapat bermain dengan rakan sebenar.

Kredit: Bandai Namco

Buat kali pertama dalam francais, Little Nightmares III boleh dimainkan secara online co-op , dan membolehkan pemain masing-masing mengambil peranan sebagai salah satu watak baharu, Low atau Alone, dalam dunia yang mengerikan ini. Bagi mereka yang ingin bermain solo, jangan risau. Game ini juga boleh dimainkan sepenuhnya secara single-player di mana AI mengawal watak kedua.

Kredit: Bandai Namco

Untuk gameplay, kita perlu memastikan kedua-dua anak kecil ini selamat menghadapi pelbagai bahaya tersembunyi. Dilengkapi dengan panah dan anak panah untuk Low dan sepana untuk Alone, setiap objek ini amat penting untuk maju ke hadapan dan diperlukan untuk menyelesaikan macam-macam jenis teka teki.

Kredit: Bandai Namco

Selain teka-teki, objek ini juga penting dalam pertempuran. Dalam gameplay di atas, kita akan tiba di catacombs, tempat yang penuh dengan beetles. Low dan Alone perlu mempertahankan diri dan untuk menumbangkan kumbang tersebut, gunakan busur dan anak panah Low untuk menembak musuh itu jatuh lalu guna sepana Alone untuk menghancurkan mereka.


Kredit: Bandai Namco

Little Nightmares III akan dikeluarkan pada tahun 2024 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Pada masa yang sama, “Little Nightmares III Escaping Monster Baby Diorama” juga tersedia di e-store Bandai Namco Entertainment Asia sekarang untuk anda pesan.

Dapatkan segala info kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: co-opGameplayLittle Nightmares III
ShareTweetSend
Previous Post

Crossover Terhad Eggy Party × Identity V Bermula Sekarang! Pelbagai Ganjaran Menanti!

Next Post

Mampukah PC Anda Bermain Avatar: Frontiers of Pandora? Info Spec Penuh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!
Review

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!

May 21, 2025
Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted
Berita

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

May 21, 2025
Next Post
Mampukah PC Anda Bermain Avatar: Frontiers of Pandora? Info Spec Penuh!

Mampukah PC Anda Bermain Avatar: Frontiers of Pandora? Info Spec Penuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd