Dibangunkan oleh Bandai Namco, game terbaru tokusatsu SD Shin Kamen Rider Rumble akan menemui peminat di Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Game ini akan menjadi sebahagian daripada genre beat ‘em up/hack and slash, manakala konsepnya pula berdasarkan filem, Shin Kamen Rider, yang akan ditayangkan di pawagam di Jepun pada Mac 2023.
Trailer rasmi pertama game telah pun didedahkan berserta spesifikasi game melalui laman web rasmi game. Anda boleh menonton trailer game versi Jepun tersebut di bawah.
Game ini akan membawa pemain lalui penceritaan filem Shin Kamen Rider yang akan ditayangkan pada tahun ini. Anda sebagai protagonis, Takeshi Hongo akan menentang organisasi jahat yang dikenali sebagai SHOCKER.

Watak dalam game ini datang dengan bentuk SD (Super Deformed). Dalam SD Shin Kamen Rider Rumble ini, anda boleh menikmati keseronokan menjadi seorang pejuang hebat yang menjadi lebih kuat dengan setiap kekalahan.

Terdapat sejumlah enam low-class SHOCKER dalam stage biasa. Pemain akan menghadapi pelbagai musuh dan gimik pentas yang berbeza. Nikmati aksi pertempuran satu lawan satu yang menyeronokkan dan pilih siapa yang hendak diserang dengan berhati-hati!

Antara tarikan game ini terletak pada pertempurannya yang mencabar, menentang ahli SHOCKER yang menanti anda sebagai boss setiap peringkat. Baca serangan musuh dan serang pada saat yang betul.

Pemain mungkin menghadapi kekalahan dalam permainan, tetapi item yang dikumpul akan menguatkan Kamen Rider dan Cyclone. Jika pemain dapat mengukuhkan Cyclone, mereka boleh melangkau stage yang telah mereka selesaikan dan mendapatkan item yang diperkuat untuk mara dalam pertempuran.
Spesifikasi PC (STEAM)
[wpdatatable id=148]Tarikh rasmi keluaran game masih belum diumumkan. Jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada pihak pembangun.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Kamen Rider daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post