PlayStation telah mendedahkan game bulanan percuma untuk PS Plus bagi Ogos 2023. Tawaran kali ini adalah PGA Tour 2K23, Dreams dan Death’s Door yang bakal tersedia untuk ahli PS Plus pada hari Selasa, 1 Ogos hingga Isnin 4 September 2023.
PGA Tour 2K23

Uji kepakaran anda dalam PGA Tour dan jadilah FedEx Cup Champion baru sambil anda melawan pemain profesional Tour dan berjumpa saingan baru. Untuk kali pertama, anda boleh bermain sebagai lelaki atau perempuan profesional termasuklah Tiger Woods secara online atau pun lokal. Naikkan MyPLAYER anda dengan kebolehan dan Archetype baru serta menggunakan gear dan pakaian berlesen.
Jalankan persatuan anda sendiri untuk menguruskan kejohanan dan musim atau uji kemahiran anda menentang rakan dalam mode Divot Derby dan kasual. Cipta course impian anda menggunakan Course Designer yang memaparkan beribu-ribu objek yang boleh disesuaikan dan perkongsian cross-platform.
Dreams

Dreams merupakan platform di mana anda menemui game yang dihasilkan oleh komuniti di seluruh dunia malah anda juga boleh mencipta game anda tersendiri. Ini memberi peluang untuk anda menyerlahkan bakat dan kreativiti tersembunyi. Pelbagai benda yang anda boleh hasilkan seperti game, muzik, animasi, arca, filem dan banyak lagi di dalam Dreams.
Dengan hadirnya Dreams ke PlayStation Plus, game baru Media Molecule, Tren akan tersedia untuk dimainkan dalam Dreams. Tren merupakan game pengembaraan di mana anda memandu mainan kereta api.
Death’s Door

Alami kisah komedi yang suram tetapi gelap, menggunakan senjata melee, anak panah dan sihir untuk mengatasi pelbagai raksasa dan demigod yang hebat. Dapatkan kelebihan dengan memperibadikan statistik watak anda dan menguasai kebolehan serta peningkatan yang anda perolehi semasa anda menerokai tanah yang penuh dengan penduduk dan rahsia yang tidak terkira banyaknya, membawa harapan kepada watak yang akan anda temui sepanjang perjalanan.
Sebelum senarai game percuma berubah, kami ingin mengingatkan kepada semua ahli PlayStation Plus agar menebus COD: Black Ops Cold War, Alan Wake Remastered dan Endling – Extinction is Forever selewat-lewatnya pada 3 September sebelum senarai berubah.
Untuk membaca segala liputan kami tentang PS Plus, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post