Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game open-world RPG Wuthering Waves dianggap sebagai pesaing Genshin Impact

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World
0 0
0
Game open-world RPG Wuthering Waves dianggap sebagai pesaing Genshin Impact
Share on FacebookShare on Twitter

Studio Kuro Game dari China mengumumkan pada 26 Mei 2022 lalu bahawa projek terbarunya Wuthering Waves akan datang ke platform mobile. Dilabel sebagai open-world RPG dengan gameplay aksi bersifat pantas, ia telah disamakan dengan game popular Genshin Impact bukan sekadar kerana rupa dan gameplay di mana ramai mula menganggap ia mungkin boleh menjadi pesaing rapat kepada Genshin pada masa akan datang.

Beberapa trailer telah dimuat naik untuk tontonan anda:

Dihasilkan memakai Unreal Engine 4, Kuro Game menyatakan bahawa game ini masih dalam peringkat awal pembangunan, jadi “kualiti grafik mungkin tidak ideal.”

Tentang jalan cerita – watak utama ialah seorang Wanderer bermisteri yang bangun di dunia aneh di mana sejenis bencana telah menghapuskan tamadun manusia pada beberapa abad yang lalu. Kini, dia terpaksa bertahan hidup di dalam dunia yang penuh dengan perkara bahaya dan ancaman.

Kuro Game pernah memberitahu yang Wuthering Waves akan mempunyai jalan cerita yang “mendalam” tetapi kita “wait and see” dahulu.

Untuk gameplay pula, Wuthering Waves ingin menawarkan lebih banyak kebebasan ruang kepada pemain berbanding dengan pesaingnya, Genshin Impact. Oleh itu, majoriti watak-watak yang boleh dimainkan dalam game ini semuanya mempunyai pergerakan ala-ala parkour.

Ini membolehkan mereka memanjat dinding secara menegak dan mengakses lokasi yang lebih tinggi dengan lebih pantas berbanding dengan mekanik pendakian biasa dalam game open-world lain. Selain itu, game ini juga mempunyai mekanik seperti glider untuk membantu anda menerokai pelbagai landskap dari tempat yang tinggi.

Ehem ehem… Dengar macam klon Genshin Impact kan? Saya sendiri tidak boleh beri banyak komen, tetapi rasanya masih terlalu awal untuk menilai sama ada Wuthering Waves akan menjadi pesaing yang kuat kepada Genshin Impact.

Bukan setakat Wuthering Waves sahaja, sebenarnya ada banyak lagi game open-world lain dalam pembangunan, seperti Blue Protocol oleh Bandai Namco dan Tower of Fantasy oleh Perfect World. Semuanya mempunyai potensi untuk cabar Genshin Impact, jadi kita tunggu saja pengumuman akan datang.

Kuro Game belum mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk Wuthering Waves dan memandangkan game ini masih dalam fasa awal pembangunan, jadi ia pasti tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactMobileWuthering Waves
Previous Post

Mobile Legends MSC 2022 akan berlangsung pada 11 – 19 Jun di MITEC, Kuala Lumpur!

Next Post

Pemain kalahkan bos Elden Ring dengan hanya satu pukulan – inilah build One Punch Man

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pemain kalahkan bos Elden Ring dengan hanya satu pukulan – inilah build One Punch Man

Pemain kalahkan bos Elden Ring dengan hanya satu pukulan - inilah build One Punch Man

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd