Re: Verse sebenarnya diumumkan pada bulan Januari lalu, dan sepatutnya dilancarkan bersama dengan Resident Evil: Village pada bulan Mei tetapi hari ini, Capcom mengumumkan melalui akaun Twitter rasmi bahawa Resident Evil Re: Verse akan ditangguhkan ke tahun 2022. Pelancaran permainan telah ditunda supaya pasukan pemaju dapat menciptakan “pengalaman gameplay yang lancar.” Dalam tweet lanjut, Capcom mendorong peminat untuk menyimpan kupon dan kod muat turun apabila Re: Verse akhirnya dilancarkan secara rasmi.
For players who purchased a physical version of Resident Evil Village, we recommend that you keep track of the included Resident Evil Re:Verse download code or add it to your account now so that you are ready to play when the game launches next year.
— Resident Evil (@RE_Games) July 15, 2021
Ketika ujian beta terbuka Re: Verse bermula sebelum pelancaran RE Village, pemain dengan cepat dapat melihat keadaan permainan yang tidak begitu kemas. Capcom terpaksa berhentikan ujian beta hanya beberapa jam selepas bermula kerana pemain mengalami masalah besar semasa matchmaking. Sudah tentu, inilah antara sebab utama mengapa pihak pemaju harus mengadakan ujian beta terbuka bagi permainan mereka.
Ia dapat mendedahkan masalah-masalah yang menyusahkan seperti ini namun ramai yang kecewa ia tersedia dalam keadaan yang sukar untuk dimainkan. Mudah-mudahan dengan masa tambahan yang diberi, Capcom dapat benar-benar menyingkirkan segala masalah dan menggilap Re: Verse supaya peminat dapat menikmati permainan dengan lancar.
Bagi mereka yang tidak tahu, Re: Verse menampilkan aksi multiplayer gameplay third person di mana pemain boleh memilih watak-watak ikonik dari francais Resident Evil seperti Leon Kennedy, Jill Valentine, Chris Redfield, dan lain-lain. Empat hingga enam pemain akan mengambil bahagian dalam pertarungan “deathmatch” selama 5 minit, dengan menggunakan senjata dan barang-barang yang terdapat di peta. Pemain yang memperoleh mata terbanyak pada akhir pertandingan akan menjadi pemenang.
Setiap watak manusia mempunyai abiliti dan senjata sendiri. Mereka juga dapat berubah menjadi Bioweapon (raksasa kuat seperti Nemesis, Moulded, dan lain-lain) selepas mendapatkan Kapsul Virus. Sebaik sahaja watak Bioweapon dibunuh, pemain akan kembali menjadi manusia.
Kerana ditangguhkan, Resident Evil Re: Verse kini akan dilancarkan pada tahun 2022 di PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X/S.
Sumber – Twitter@Resident Evil Re: Verse

@gamersantaimy
Discussion about this post