Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile The Legend of Neverland meniru Genshin Impact, tiba di Android

Amir Haziq by Amir Haziq
June 4, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Genre, Mobile, Open World, Platform
0 0
0
Game mobile The Legend of Neverland meniru Genshin Impact, tiba di Android
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak dinafikan, game action-RPG yang dibangunkan oleh miHoYo, iaitu Genshin Impact sangat popular dan telah mengaut banyak keuntungan dari pemain seluruh dunia. Game ini telah disambut dengan pelbagai kritikan dari gamers dan media kerana ianya mempunyai persamaan dengan game siri Legend of Zelda : Breath of the Wild. Namun, Genshin Impact mempunyai jalan pengembaraan yang jauh berbeza dari Link dan ianya boleh dilihat dengan sangat ketara pada perbezaan kedua-dua game itu. Baru-baru ini, sebuah game mirip Genshin Impact, yang dinamakan The Legend of Neverland telah dilancarkan ke platform mobile.

The Legend of Neverland telah diterbitkan oleh pembangun dari Korea, iaitu GameArk Global. Menurut halaman rasmi game tersebut, pemain boleh menukar watak pada bila-bila masa, serta menggabungkan serangan dan kebolehan watak. Terdapat juga persamaan lain seperti Genshin Impact dalam game ini, iaitu fairy companion yang dilihat macam Paimon.

https://twitter.com/ZhugeEX/status/1400427517421445127

Maklumat ini dimaklumkan di akaun Twitter rasmi milik Daniel Ahmad, yang terkenal dengan perkongsian mengenai industri permainan video. Beliau telah menunjukkan persamaan yang sangat ketara dari salah satu watak The Legend of Neverland dengan watak Amber dari Genshin Impact. Daniel turut berkongsi screenshot perbandingan yang menunjukkan kawasan wilayah Mondstadt di Genshin Impact dengan iklan game klon tersebut.

Selain itu, antara persamaan lain yang amat ketara ditemui oleh Daniel Ahmad adalah, The Legend of Neverland menggunakan art, font, reka bentuk dan beberapa mekanik lain yang sama digunakan oleh Genshin Impact. Beliau juga menyatakan iklan game tersebut direka hampir 1:1 sama dengan aspek Genshin Impact.

Buat masa ini, kita belum dimaklumkan oleh miHoYo sama ada mereka akan mengambil tindakan terhadap The Legend of Neverland. Namun, perkara ini bukannya pertama kali berlaku dalam dunia game mobile, dimana tajuk popular diklon atau ditiru oleh pembangun game lain. Untuk mengikuti segala liputan kami mengenai Genshin Impact, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Genshin ImpactmiHoYoThe Legend of Neverland
Previous Post

Khas di Computex 2021 – Inovasi Tech Flash

Next Post

Babylon’s Fall di Square Enix Presents Summer 2021 yang akan datang 13 Jun ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Babylon’s Fall di Square Enix Presents Summer 2021 yang akan datang 13 Jun ini!

Babylon's Fall di Square Enix Presents Summer 2021 yang akan datang 13 Jun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd