Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile That Time I Got Reincarnated as a Slime ISEKAI Memories akan datang tidak lama lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game mobile That Time I Got Reincarnated as a Slime ISEKAI Memories akan datang tidak lama lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini Bandai Namco telah mengumumkan bahawa game mobile That Time I Got Reincarnated as Slime ISEKAI Memories akan dilancarkan di seluruh dunia. Selain Jepun, mereka akan melancarkan game ini di semua rantau secara sekaligus, termasuk Asia, Amerika Utara, dan Eropah. Walaupun tarikh pelepasan belum diumumkan, kami dimaklumkan bahawa ia akan keluar pada tahun ini. Seperti kebanyakan game mobile, ISEKAI Memories adalah percuma untuk dimainkan dan mempunyai sistem mikrotransaksi.

Produser Seitaro Onishi juga menyampaikan info tentang kempen pra-pendaftaran dan menunjukkan segelintir sinematik gameplay bonus kepada peminat:

That Time I Got Reincarnated as a Slime asalnya bernama Tensei Shitara Suraimu Datta Ken di Jepun tetapi untuk menampakkan lagi comel, ramai yang mula memanggil TenSura. Siri ini dilahirkan sebagai siri novel ringan oleh Fuse pada tahun 2013 lalu diadaptasikan kepada manga dan siri anime popular. Berikut adalah rumusan rasmi tentang permainan:

  • “Kisah baru yang dipantau oleh Fuse, pengarang novel ringan ori!
    • Seorang gadis misteri bernama Shinsha muncul, dan mengaku dirinya sebagai anak perempuan Rimuru. Apa hubungannya dengan Izis, ahli sihir dari ” mirror land “? Adakah Rimuru dan netizen Tempest dapat menghadapi cabaran Izis dan pengikutnya? Jangan terlepas versi alternatif untuk watak-watak ikonik seperti Gabiru, yang memegang takhta Lizardman, dan Shion, yang berevolusi setelah menyerap roh rakan-rakannya yang mati. Kisah mereka tidak akan diceritakan di tempat lain!”
  • Alami semula momen-momen terkenal dari Musim 1 anime dalam cutscene yang disuarakan sepenuhnya!
    • Pelakon suara asli akan meminjamkan suara mereka kepada permainan semasa dalam pertarungan dan interaksi di bandar!
  • Gunakan sistem pembinaan untuk membangunkan kerajaan Tempest ideal anda!
    • Cipta pelbagai jenis bangunan dan kemudahan seperti: rumah, restoran, kedai blacksmith, makmal, fasiliti ahli sihir dan banyak lagi. Teroka melalui bandar yang telah anda bina dan berinteraksi dengan warganegara untuk melihat kehidupan seharian mereka!
  • Sistem pertempuran berasaskan arahan 3D!
    • Cara kawalan sangat mudah. Hanya pilih kad dari dek. Tetapi ada gameplay strategik ketika anda belajar untuk menggunakan kebolehan dengan berkesan! Nikmati animasi mempesonakan yang membuatkan anda merasa seperti dalam dunia anime!
  • Sistem Predator dan Great Sage membawa anda ke dunia TenSura!
    • Gunakan sistem Predator untuk menguatkan watak anda! Sekiranya anda tidak tahu apa nak buat seterusnya, sistem Great Sage ada untuk memberi nasihat dan panduan.

Untuk membuat pra-pendaftaran bagi game That Time I Got Reincarnated as a Slime ISEKAI Memories, sila tekan pautan yang kami sediakan di bawah! Jika anda berminat untuk tahu tentang segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Pra-daftar di sini
That Time I Got Reincarnated as a Slime ISEKAI Memories
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Bandai Namco Studios
Release Date TBC
Android, iOS
Bandai Namco telah mengumumkan bahawa game mobile That Time I Got Reincarnated as Slime ISEKAI Memories akan dilancarkan di seluruh dunia. Seorang gadis misteri bernama Shinsha muncul, dan mengaku dirinya sebagai anak perempuan Rimuru. Apa hubungannya dengan Izis, ahli sihir dari " mirror land "? Adakah Rimuru dan netizen Tempest dapat menghadapi cabaran Izis dan pengikutnya?
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidanimeMobileTensuraThat Time I Got Reincarnated as Slime ISEKAI Memories
Previous Post

Review Humankind: Bina peradaban dari zaman batu hingga moden!

Next Post

One Piece: Zoro mungkin keturunan samurai legenda Wano!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
One Piece: Zoro mungkin keturunan samurai legenda Wano!

One Piece: Zoro mungkin keturunan samurai legenda Wano!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd