Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile Sword Art Online Unleash Blading akan menampilkan kisah original selepas Alicization

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 26, 2021
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, JPRG, Mobile
0 0
0
Game mobile Sword Art Online Unleash Blading akan menampilkan kisah original selepas Alicization
Share on FacebookShare on Twitter

Memang tidak mengejutkan bahawa Sword Art Online masih kekal sebagai salah satu francais terbesar yang telah menerima pelbagai adaptasi daripada media berbeza. Selain novel ringan dan anime, SAO juga melancarkan beberapa game di mobile dan konsol yang mendapat perhatian khusus dari peminat di mana entri paling baru adalah Sword Art Online Unleash Blading.

https://www.youtube.com/watch?v=CrYP9TOtvsg&feature=emb_title

Secara ringkas, Sword Art Online Unleash Blading adalah game mobile yang baru “dijenamakan semula” tetapi sebelum ini, ia membawa nama Alicization Rising Steel. Menerusi acara siaran langsung yang menyambut ulang tahun ke-2 baru-baru ini, mereka telah mendedahkan bahawa game tersebut akan menampilkan jalan cerita original yang tidak wujud dalam anime mahupun novel ringan.

ムーン・クレイドル編のオリジナル続編となる「黒皇帝編」のストーリー展開が決定!

詳細は続報をおまちください。#アリブレ2周年 pic.twitter.com/Y0pSIVE83Z

— 【公式】SAOアンリーシュ・ブレイディング (@saoab_gameinfo) November 20, 2021

Jalan cerita original ini akan dinamakan sebagai The Black Emperor dan masih dalam pembangunan. Ada satu perkara sahaja yang pasti, di mana cerita ini akan mengisahkan peristiwa selepas arc Alicization. Selain itu, game ini juga akan menerima animasi opening yang bergaya dari studio A-1 Pictures serta lagu berjudul Gyakkyo Spectre dari ASCA.

Jika berminat, anda boleh bermain Sword Art Online Unleash Blading secara percuma sekarang di Android dan iOS.

Pada hujung minggu lepas, GSC juga telah membuat fan screening untuk filem SWORD ART ONLINE Progressive: Aria of a Starless Night. Ini adalah filem kedua selepas siri Sword Art Online The Movie: Ordinal Scale of the Sword Art Online. Filem ini menggambarkan kisah pertemuan antara Kirito dan Asuna, yang merangkumi peristiwa di tingkat pertama Aincrad, khususnya perjuangan awal Asuna untuk mengatasi realiti dunia barunya.

May be an anime-style image of text that says 'SWORD ART ONLINE THE MOVIE PROGRESSIVE Aria of Starless Night EXCLUSIVELY AT GSCINEMAS COMING SOON www.gscmovies.com.my followus gscmovies NGSC GGSC Movles DODEX'

Ayako Kawano (pengarah unit di Black Butler: Book of the Atlantic, High School Fleet, The Seven Deadly Sins the Movie: Prisoners of the Sky) mengarahkan filem ini di A-1 Pictures, dan Kento Toya (Sword Art Online: Alicization – War of Underworld, The Seven Deadly Sins: Revival of The Commandments) sedang merancang watak. Yasuyuki Kai berperanan sebagai pengarah aksi, dan Yuki Kajiura kembali untuk mengarang muzik.

Untuk segala liputan kami tentang Sword Art Online, sila tekan pautan ini.

Sumber – GamerWK

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeSAOsword art onlineSword Art Online Unleash Blading
Previous Post

Mod multiplayer Uncharted: Legacy of Thieves mungkin tidak tersedia!

Next Post

Ayashimon – Manga terbaru untuk korang yang sukakan One Punch Man!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Ayashimon – Manga terbaru untuk korang yang sukakan One Punch Man!

Ayashimon - Manga terbaru untuk korang yang sukakan One Punch Man!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd