Baru diumumkan bulan lepas, game mobile “SLAM DUNK” yang diselia oleh Toei Animation dan diedarkan oleh DeNA, telah mendedahkan pemain terbaru mereka, Yoshinori Miyamasu! Dapat bertarung secara “real-time 3V3” dalam arena bola keranjang, pemain boleh merekrut watak ini untuk menjadi sebahagian daripada pasukan. Berikut adalah profil ringkas:
- Yoshinori Miyamasu
- Pemain No.15
- Sekolah: Kainan tahun ke-3
- Posisi: Shooting Guard (PF)
- Tinggi: 160CM
- Berat: 42KG
“Seorang pemain yang sering diabaikan kerana badannya yang lemah. Selepas melalui latihan yang sengit, dia akhirnya menjadi pakar dalam menjaringkan 3 mata.”
Skill intro
Yoshinori Miyamasu adalah Shooting Guard untuk sebuah pasukan yang memiliki kemampuan hebat dalam menjaringkan gol dan pertahanan. Kebolehan “Set Shot” dan “3-point Sniper” -nya membolehkan Yoshinori menjaringkan mata dengan tepat. Lebih-lebih lagi, anda dijamin untuk mendapatkan 3 mata ketika menggunakan abiliti “3-point Sniper” di tempat terbuka.
“All-out Defense” pula menyukarkan pihak lawan untuk menggelecek dan menjaringkan mata. Abiliti “Swift Sprint” menggunakan saiz Yoshinori Miyamasu yang kecil dan mengurangkan kemungkinan untuk dia bertembung dengan pihak lawan sambil mempercepat pergerakannya. Melalui “Precise Calculation“, dia dapat mengira setiap detik permainan dengan tepat, lalu meningkatkan kepantasan pemulihan tenaga.
Jika anda berminat untuk bermain game ini, sila tekan butang muat turun yang kami sediakan di bawah! Tersedia untuk peranti Android dan iOS, jom hidupkan semula legenda Hanamichi Sakuragi!

@gamersantaimy
Discussion about this post