Pada tahun 2021, kita telah dilaporkan dengan sebuah game mobile Persona 5 bernama Code Name X. Nampaknya game tersebut akan menemui pemain nanti. Dengan tajuk terbaru, Persona: Phantom of the Night ataupun P5X, ia merupakan game mobile pertama untuk siri Persona. Pra-pendaftaran sudah dibuka, tetapi ianya hanya tersedia di China buat masa ini.
Dibangunkan oleh Perfect World Games, ia bukan sahaja membawa visual hebat daripada IP tersebut malah ingin membawa pengalaman P5 untuk pemain mobile. Trailer rasmi untuk game mobile itu turut dikeluarkan. Bukan setakat itu sahaja, ujian beta untuk game juga akan berlangsung pada hujung bulan ini, iaitu pada 29 Mac 2023.
Bab terbaharu P5

Tema untuk game ini ialah “desire” dan menceritakan kisah sekumpulan remaja yang telah membuka kuasa topeng persona. Mereka akan bertemu dan berkenalan, menghadapi cabaran bersama dan meneroka latar “low desire”. Seorang lelaki misteri berhidung panjang, bilik bawah air yang misteri, dunia yang berbeza daripada realiti, segalanya telah berhubung antara satu sama lain disebabkan pertemuan ini…
Rekaan watak oleh Shigenori Soejima
Protagonis dan persona eksklusif protagonis telah dilukis oleh Shigenori Soejima, pereka watak Persona 5. Tidak peliklah mengapa ianya mempunyai kualiti serta estetika yang sama daripada game JRPG itu. Berikut adalah watak-watak dalam Persona: Phantom of the Night dalam terjemahan kasar.
Gameplay

Melihat daripada laman web, gameplay P5X kelihatan seperti game konsol. Kita bermain sebagai protagonis yang merupakan seorang pelajar dalam game. Di waktu pagi, dia akan ke kelas. Masa lapangnya diisi dengan bermain besbol, mengajak rakan menonton wayang dan mengalami kehidupan di bandar sibuk. Pergi ke Metaverse dengan tema berbeza, seru persona dan melawan musuh yang menghampiri.

Nampak menarik betul tidak? Harap-harap keluarlah versi global, teringin juga untuk mencuba game ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Persona daripada kami, boleh klik pautan ini.
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post