Diumumkan pada Jun 2021, game mobile Jujutsu Kaisen: Phantom Parade nampaknya ditunda ke 2023. Berita ini telah diumumkan melalui laman web rasmi game tersebut. Bersama pengumuman tersebut, trailer terbaru game telah pun dilepaskan. Anda boleh menontonnya di bawah.
[UPDATE]
Nampaknya game Jujutsu Kaisen Phantom Parade ditunda lagi sekali. Tetapi tiada tarikh rasmi untuk pelancaran game tersebut. Seperti yang diumumkan melalui Twitter rasmi game, Jujutsu Kaisen Phantom Parade kekal lancar pada tahun ini tetapi bukan semasa musim bunga. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman terbaru daripada pembangun.
[Petikan artikel asal]
Antara sebab game Jujutsu Kaisen: Phantom Parade ditunda ialah untuk meningkatkan kualiti game tersebut. Kini game tersebut dijadualkan untuk lancar pada musim bunga 2023. Sudah namanya game mobile, sudah tentu ianya akan tersedia di Android dan iOS.
Disebabkan game itu akan dilepaskan di Jepun dahulu sudah tentu ia akan berbahasa Jepun. Buat sementara ini, masih tiada berita jika game itu dilancarkan secara global. Tetapi kita masih boleh berharap.

Dibangunkan oleh Sumzap dan diterbitkan oleh TOHO Games, game ini adalah berdasarkan manga popular dengan nama yang sama oleh Gege Akutami. Ia juga akan menceritakan kisah yang sama seperti manga dengan lakonan suara penuh serta menampilkan episod unik daripada perspektif watak yang berbeza.

Pemain perlulah membawa pasukan penuh Jujutsu Sorcerer dalam pertempuran turn-based. Memandangkan ia game mobile percuma, jadi terdapat sistem mikrotransaksi dan anda mungkin perlu gacha untuk mendapatkan watak yang hebat.

Beberapa visual game juga telah didedahkan dengan visual watak utama seperti Yūji Itadori, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki, Satoru Gojō dan Kento Nanami, dan beberapa watak lain. Dalam teaser trailer di atas, anda didedahkan dengan beberapa rakaman baru gameplay termasuklah serangan Inumaki Toge, Panda dan Gojo.

Untuk segala liputan kami tentang Jujutsu Kaisen, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post