Hari ini kami dapat pengesahan rasmi oleh penerbit Natsume bahawa game mobile ‘Harvest Moon: Home Sweet Home‘ rasmi akan dilancarkan untuk iOS dan Android pada 23 Ogos 2024.
Bersama pengumuman ini, mereka turut memuat naik trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:
Menurut maklumat daripada pembangun ‘appci’ — dalam Harvest Moon: Home Sweet Home, sudah tiba masanya untuk anda meninggalkan kehidupan bandar untuk pulang ke kampung zaman kanak-kanak di Alba, tempat di mana ikan paling segar dan sayur-sayuran paling lazat ditanam dan ditangkap oleh petani dan pemancing tempatan.

Walau bagaimanapun, penduduknya semakin tua manakala orang lebih muda berhijrah ke bandar besar. Alba Village kini dalam situasi yang suram, jadi bolehkah anda bantu mengubah sebuah kampung yang semakin merosot menjadi makmur semula? Dengan persekitaran yang indah, Alba pasti mempunyai potensi, tetapi bolehkah anda membawa pelancong dan juga penduduk baru ke perkampungan hijau yang luas ini?

Di samping itu, anda boleh memikat empat gadis dan empat lelaki berbeza, dan berkahwin dengan sesiapa sahaja yang anda idamkan. Bertemu semula dengan rakan zaman kanak-kanak dan watak-watak lain untuk membantu mempopularkan Alba!

Bercucuk tanam, menternak haiwan, memancing ikan, melombong dan banyak lagi. Kumpul kebahagiaan untuk mengembangkan kampung dan mendapatkan penduduk baru, sambil bersaing dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan perayaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Natsume Hiro Maekawa, turut memberi info tambahan melalui kenyataan akhbar:
“Dalam Harvest Moon: Home Sweet Home, pemain ditugaskan untuk menggembirakan semua orang di kampung halaman mereka.”
“Dengan bersosial, memberi hadiah, menjual tanaman, dan menyelesaikan permintaan, anda akan membina hubungan dengan jiran dan meningkatkan kebahagiaan bandar, semuanya sambil mencapai kejayaan sendiri, seperti menjaga lembu pertama , jatuh cinta, dan memulakan keluarga.”
“Sebagai aplikasi mobile kendiri, pemain boleh memajukan cerita mereka mengikut kadar sendiri, di mana-mana dan bila-bila masa mereka mahu!”
@gamersantaimy
Discussion about this post