Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile Final Fantasy 11 dibatalkan oleh Square Enix & Nexon atas masalah kualiti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 24, 2021
in Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, MMO, Mobile
0 0
0
Game mobile Final Fantasy 11 dibatalkan oleh Square Enix & Nexon atas masalah kualiti!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada beberapa tahun lepas, Square Enix telah bekerjasama dengan syarikat online mobile gaming popular Nexon untuk menghasilkan reboot MMORPG mudah alih, Final Fantasy 11. Sejak itu, tiada kemas kini dikongsikan selama beberapa tahun lalu. Malangnya, berita baru-baru ini mendedahkan bahawa game ini secara rasmi telah dibatalkan oleh Square Enix dan Nexon kerana masalah kualiti.

Berita tentang projek ini, yang diberi nama Final Fantasy XI Reboot, telah dikeluarkan oleh Gamebiz.jp. Menurut laporan, Square Enix dan Nexon sama-sama menentukan bahawa kualiti permainan tidak sesuai dengan standard yang diharapkan pemain daripada francais Final Fantasy. Kedua-dua syarikat seterusnya bersetuju untuk menghentikan projek tersebut dan mengagihkan semula kakitangannya  ke projek lain. Final Fantasy XI Reboot pada mulanya dijadualkan untuk keluar pada tahun 2016.

Game mobile Final Fantasy 11 ini telah memulakan pembangunan sejak tahun 2015 di mana kami mendapat pandangan pertama pada tahun 2016. Seperti yang dijangkakan, Final Fantasy XI Reboot ingin memperkenalkan semula pemain ke dunia Vana ‘diel asli di mana mereka dapat melihat apa yang ditawarkan oleh dunia dan bermain mana-mana kaum dan kelas dari permainan.

Final Fantasy 11 dianggap sebagai langkah pertama yang mengagumkan dari Square Enix ketika ia memasuki pasaran MMO di samping nama-nama besar seperti World of Warcraft, Guild Wars, dan Everquest. Walaupun demikian, Square Enix juga banyak mengalirkan sumber ke Final Fantasy 14, yang terus melihat kemas kini dan expansion baru serta sedang bersiap untuk dilancarkan pada sistem next-gen pada akhir tahun ini.

Agak menyedihkan untuk melihat game mobile Final Fantasy 11 ini dibatalkan, tetapi itu tidak bermaksud kita tidak akan lihat game baru Final Fantasy dalam masa terdekat. Mungkin Square Enix dan Nexon sedang merancang untuk membangunkan game lain? Manalah tahu kan. Untuk segala liputan kami tentang francais Final Fantasy, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy 11Final Fantasy XI RebootmmorpgMobilenexonsquare enix
Previous Post

Keanu Reeves menghasilkan filem dan siri Anime ‘BRZRKR’ di Netflix

Next Post

Beta terbuka game Aksi RPG free-to-play Magic: Legends bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Beta terbuka game Aksi RPG free-to-play Magic: Legends bermula!

Beta terbuka game Aksi RPG free-to-play Magic: Legends bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd