Dalam satu pengumuman, pasukan Black Clover M: Rise of the Wizard King mendedahkan bahawa RPG mobile ini akan menghentikan operasi global pada 21 Ogos 2025.
Berita ini, yang dikongsi melalui media sosial rasmi, menandakan berakhirnya satu perjalanan yang bermula dengan pelancaran di Jepun pada Mei 2023 dan pelancaran global pada November 2023. Game ini mampu bertahan selama 1 tahun dan hampir 9 bulan.
Berdasarkan manga dan anime popular Black Clover karya Yuki Tabata, yang disiarkan dalam Shonen Jump, Black Clover M mengikuti kisah Asta, seorang budak lelaki tanpa kuasa magic dalam dunia penuh magic, dalam usahanya untuk menjadi Wizard King.
RPG turn-based ini membawa pemain ke dalam jalan cerita anime dengan adegan 3D yang menarik, mekanik gacha untuk mengumpul watak, dan sistem untuk mempererat hubungan pemain dengan watak.

Pasukan pembangun menyampaikan rasa terima kasih kepada pemain, dengan menyatakan, “Penglibatan, kasih sayang, dan kritikan penuh semangat anda telah membantu membentuk game ini.”
Merenung cabaran dan kegembiraan dalam pembangunan, mereka menghargai peranan komuniti dalam mencipta “memori yang tidak dapat dilupakan bersama.”
Walaupun game ini ditutup, pasukan menegaskan rasa syukur mereka, dengan berkata, “Walaupun pengembaraan ini tidak bertahan seperti yang kami harapkan, kenangan itu tercipta bersama anda, dan kami akan sentiasa menghargainya.”

Update terakhir dijadualkan pada 26 Jun 2025, membawakan kandungan yang diilhamkan oleh filem Black Clover: Sword of the Wizard King, satu acara istimewa, dan dua Mage baru. Pasukan menjemput pemain untuk menyertai detik-detik penutup ini untuk “menandakan bab terakhir” bersama-sama.
Selain itu, pemain boleh memindahkan Premium Black Crystal, mata wang berbayar game ini, ke sebuah game mobile Garena yang ditetapkan mulai 21 Ogos 2025. Sokongan perkhidmatan pelanggan akan kekal aktif sehingga 27 November 2025.
Untuk butiran lanjut mengenai pemindahan Black Crystal, layari bcm.garena.com.
@gamersantaimy
Discussion about this post