Banyak juga game mobile yang menamatkan servis mereka kerana tidak memenuhi jangkaan pembangun. Baru-baru ini, game mobile Square Enix, Final Fantasy 7: The First Soldier pula yang akan menutup servis mereka pada 11 Januari 2023. Pengumuman mengenai game ini telah dibuat melalui Twitter rasmi game tersebut.
Untuk pengetahuan anda, Final Fantasy 7: The First Soldier merupakan sebuah game battle royale yang percuma untuk dimainkan. Pemain akan ditempatkan dalam posisi calon Askar berwajah segar, mesti menggunakan kemampuan mereka untuk berjuang hingga mati dalam pertempuran. Walaupun ia dilepaskan secara global, malang sekali ia tidak tersedia di Malaysia.
Buat masa ini, Shinra Credits, mata wang premium dalam game tersebut telah dihentikan penjualannya. Untuk saki baki Shinra Credits yang dimiliki, ianya masih boleh digunakan sehingga tamatnya game tersebut. Kemas kini baru masih diberikan kepada pemain dalam waktu-waktu akhir ini.

Pihak pembangun juga berterima kasih kepada kepada semua pemain yang bersama mereka sepanjang game ini berjalan dan berharap agar semuanya dapat berseronok dengan Final Fantasy 7: The First Soldier sehingga ke penghujungnya.

Game ini telah dilancarkan di iOS dan Android pada 17 November 2021 melalui kedai aplikasi masing-masing. Tidak sampai 14 bulan servis dimulakan, ia akhirnya kecundang. Kalau anda ingin tahu, game ini berdasarkan dunia Final Fantasy yang berlangsung 30 tahun sebelum peristiwa Final Fantasy 7. Dengan penutupan game ini, ada satu lagi game FF 7 yang lain iaitu, FF 7: Ever Crisis. Buat sementara waktu ini, masih tiada kemas kini mengenai game tersebut daripada Square Enix. Harap-harap game itu boleh hidup lebih lama daripada FF7: FS.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Final Fantasy daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post