Developer Level Infinite mengumumkan di Twitter bahawa mereka akan melancarkan game mobile MOBA Honor of Kings secara global pada tahun 2022. Dengan itu, beberapa ujian beta tertutup “akan diumumkan secara beransur-ansur” pada bulan depan. Malangnya, tiada tarikh rasmi yang disahkan.
Asalnya dibuat oleh penerbit Tencent dan developer TiMi Studios, Honor of Kings merupakan game mobile bergenre MOBA seperti League of Legends dan Dota 2 tetapi dibuat untuk pasaran Asia terutamanya China. Ia merupakan game mobile dengan kutipan tertinggi sepanjang di seluruh dunia pada April 2022 dengan jumlah sebanyak $274.5 juta (menurut penyelidikan daripada firma Sensor Tower). Kira-kira 96.4 peratus daripada hasil Honor of Kings adalah dari China.

“Jumlahnya banyak tetapi kenapa tidak dilancarkan di seluruh dunia?” Izinkan saya jelas. Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi Honor of Kings sebenarnya mempunyai versi Barat iaitu Arena of Valor, yang kita semua boleh bermain sekarang di Malaysia.
Dalam satu artikel (melalui Sports Business Journal), Chris Kramer selaku ketua komunikasi Amerika Utara Level Infinite dan Tencent Games menjelaskan situasi sebenar tentang Honor of Kings dan Arena of Valor.

“Arena of Valor dan Honor of Kings adalah dua game berbeza berdasarkan reka bentuk IP dan gameplay yang serupa. Mereka menawarkan pengalaman gameplay, gaya seni dan interaksi sosial yang berbeza untuk memenuhi selera pemain global yang pelbagai. Kami rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk pemain global menikmati Honor of Kings. Kami akan terus menyokong Arena of Valor dengan patch, hero dan acara baru untuk masa terdekat.”
kata Chris Kramer.

Buat masa ini kita hanya mampu menunggu tetapi agak menarik untuk melihat jika pelancaran Honor of Kings di platform global akan memberi kesan kepada game MOBA lain seperti Mobile Legends, Wild Rift, dan sebagainya.
Untuk segala liputan kami tentang game MOBA, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post