Dibangunkan oleh Bluehole INC dari Korea Selatan yang terkenal dengan game seperti PUBG dan TERA, game MMORPG terbaru Elyon kini tersedia untuk pra-daftar di seluruh dunia.
Asalnya dikeluarkan di Korea Selatan, Elyon telah mendapat banyak pujian dan maklum balas positif daripada pemain, lantas membolehkan pihak developer membuka server di Jepun dan Global. Kini, PlayPark akan menerbitkan ELYON di Asia Tenggara, khususnya di Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Berikut adalah rumusan gameplay menurut PlayPark (penerbit game di Asia Tenggara):
Berlangsung di Harth, Elyon mengisahkan tentang Vulpin dan Ontari, dua puak hebat yang berjuang untuk mengawal wilayah tersebut. Menggabungkan grafik yang mengasyikkan, penerokaan dunia terbuka dan sistem kemahiran yang boleh diubahsuai untuk kebolehan kelas, Elyon membenarkan pemain bermain dan bertarung mengikut gaya permainan mereka.
Tingkatkan kuasa anda dengan runestone dan mana awakening untuk mencipta watak sendiri, dan bersiap sedia untuk apa-apa cabaran besar yang ditawarkan oleh game.
Elyon membolehkan kita menerokai tanah Harth yang indah tetapi berbahaya melalui darat dan udara. Tugas utama kita adalah untuk membongkarkan kuasa di sebalik portal dimensi dan buktikan kekuatan dalam dungeon istimewa bersama rakan-rakan.
Sistem kemahiran pula membolehkan kita mencipta gaya pertarungan sendiri, serta mengubahsuai skil dan strategi pertempuran mengikut situasi dan corak serangan musuh.

Bagi spesifikasi sistem di PC, korang boleh rujuk gambar ini:

Buat sesiapa yang pradaftar game MMORPG Elyon, korang berpeluang memenangi laptop gaming Asus ROG Strix G15, keyboard gaming Razer Black Widow V3, headset gaming Razer Kraken V3 atau mouse gaming Razer Basilisk V3! Ganjaran in-game time juga akan tersedia jika jumlah pradaftar yang disasar berjaya tercapai. Semua ganjaran penting yang dibuka akan dihantar kepada pemain semasa pelancaran rasmi Elyon.
Untuk pradaftar, tekan di sini!

Untuk segala liputan kami tentang game PC, korang boleh tekan di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post