Game klasik PS1, Monster Rancher 2 akan menerima beberapa penambahbaikan dan dikeluarkan ke iOS, Android, dan Nintendo Switch di Jepun pada akhir tahun ini, berkat bantuan Koei Tecmo. Bagi mereka yang tidak tahu, versi asal dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1999 dan meminta pemain untuk mengumpulkan pasukan raksasa demi bertanding dalam pertandingan-pertandingan unik.
『モンスターファーム2』がSwitch、スマホで2020年秋発売決定! シリーズ最高傑作と名高い『2』には400種類以上のモンスターが登場!【先出し週刊ファミ通】#MF https://t.co/yetcjB7VLF pic.twitter.com/bIUAqlbTTe
— ファミ通.com (@famitsu) July 7, 2020
Pada bulan lepas, Koei Tecmo bertanya kepada peminat jika mereka ingin sebuah “enhanced port” untuk Monster Rancher 2 dan disahkan dalam edisi majalah Famitsu terkini bahawa versi yang dipertingkatkan sedang dalam proses dan akan datang ke Switch dan telefon pintar pada musim gugur ini di Jepun.
Maklumatnya masih sikit buat masa ini, tetapi Famitsu menjelaskan bahawa versi Monster Rancher 2 terbaru akan menampilkan lebih daripada 400 raksasa dan perubahan pada database yang digunakan untuk mencipta raksasa. Selain itu, “enhanced port” ini akan menampilkan pelbagai peningkatan berdasarkan maklum balas peminat. Peminat diminta untuk memberikan maklum balas mengenai ciri-ciri permainan dan perkara-perkara yang mereka harap dapat diperbaiki.
Monster Rancher 2 akan keluar untuk Nintendo Switch, iOS, dan Android di Jepun pada musim gugur 2020. Permainan ini awalnya dilancarkan untuk PlayStation pada Februari 1999. Malangnya, tidak ada info tambahan jika port Monster Rancher 2 ini akan menuju ke pasaran global.
@gamersantaimy
Discussion about this post