Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game klasik Angry Birds menerima Remake, akan keluar awal tahun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 26, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game klasik Angry Birds menerima Remake, akan keluar awal tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Rovio mengumumkan mereka sedang membuat remake untuk Angry Birds yang bakal keluar pada awal 2022.

Selepas membuang game original Angry Birds 1 dari gedung aplikasi, ramai peminat di seluruh dunia memulakan pergerakan #BringBack2012. Disebabkan itu, syarikat tersebut berkongsi rancangan mereka untuk mengembalikan game ini. Akhirnya, Rovio mengesahkan melalui laman web rasmi bahawa game Angry Birds versi remake akan keluar pada tahun depan.

Answering the call of fans around the globe, we have taken the first steps to bring back the original @AngryBirds game. Join us next month for a Twitter Q&A, and if you have questions, send them our way using the hashtag #BringBack2012.🔥

Read more: https://t.co/NPRcgjRgZO pic.twitter.com/Rw73OQLOQa

— Rovio (@Rovio) November 23, 2021

Produser eksekutif Sami Ronkainen menjelaskan bahawa game sebelum ini dibina pada enjin Rovio yang ketinggalan zaman dan mustahil untuk dikekalkan. Angry Birds remake pula akan dibangunkan menggunakan Unity di mana Rovio merancang untuk mengeluarkannya di beberapa platform.

Banyak penambahbaikan akan ditambah seperti teks yang boleh diterjemahkan supaya game ini boleh dinikmati dalam lebih banyak bahasa, serta memberikan pemain cara yang lebih mudah untuk meletakkan burung di dalam lastik, membolehkan kita untuk zoom in tanpa sengaja melontar burung, dan lain-lain.

Angry Birds Classic Gameplay Walkthrough #1 - YouTube

Selain itu, ciri cloud-saving akan ditambah supaya pemain tidak perlu ulang dari awal selepas menukar peranti. Di samping itu, pasukan pembangunan akan menghapuskan iklan yang menjengkelkan selaku game premium. Bagi mengekalkan keaslian, Rovio juga akan memasukkan seberapa banyak watak, level dan gameplay yang mereka boleh.

Siri Angry Birds adalah salah satu game yang membawa impak besar dalam industri mobile gaming. Dilancarkan pada tahun 2009, game ini mula menggegarkan dunia dengan gameplay-nya yang menyeronokkan dan bikin ketagihan. Malangnya, Rovio membuat beberapa perubahan yang mengundang kemarahan peminat.

Syarikat diminta untuk menjana pendapatan lebih tinggi dengan memaparkan iklan yang tidak perlu dan pembelian dalam aplikasi, sekali gus membuat orang berpaling daripada game. Walau bagaimanapun, Rovio akhirnya membuat keputusan yang betul dan kini akan mempamerkan Angry Birds dalam versi yang lebih baru.

Sumber – Rovio

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Angry BirdsMobileRemakeRovio
Previous Post

Ayashimon – Manga terbaru untuk korang yang sukakan One Punch Man!

Next Post

[Review] Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl – Remaster dengan ciri gabungan moden dan klasik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl – Remaster dengan ciri gabungan moden dan klasik

[Review] Pokémon Brilliant Diamond & Shining Pearl - Remaster dengan ciri gabungan moden dan klasik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd