Akatsuki Games dan Too Kyo Games telah mengumumkan bahawa TRIBE NINE, sebuah RPG aksi ekstrem free-to-play, bakal dilancarkan pada 20 Februari untuk PC melalui Steam, iOS, dan Android.
Pengumuman ini dibuat semasa acara “TRIBE NINE Version 1.0 Release Preview Program: Enter Neo Tokyo,” di mana trailer penuh pelancaran diperlihatkan, memberikan gambaran menarik tentang dunia futuristik Neo Tokyo. Game ini dicipta oleh Kazutaka Kodaka—minda di sebalik siri terkenal Danganronpa—yang menggabungkan aksi pantas dengan mekanik gacha.
Berlatarbelakangkan era 20XX, Neo Tokyo diperintah dengan kejam oleh seorang individu misteri bertopeng yang dikenali sebagai Zero. Dia telah memperkenalkan peraturan kejam, “Extreme Games” (XG), sebagai cara menyelesaikan semua pertikaian.
Dalam masyarakat yang terkongkong ini, sekumpulan pemberontak muda bangkit menentang pemerintahan tersebut, menggunakan teknik dan peralatan daripada sukan kegemaran mereka, “Extreme Baseball” (XB), untuk merampas kembali impian yang telah dirampas serta mengembalikan kebebasan kepada Neo Tokyo.

Dalam TRIBE NINE, pemain akan mengawal ahli dari pelbagai puak dan bertarung dalam perlawanan hidup dan mati menggunakan Extreme Baseball—mod RPG pertempuran unik yang menggabungkan elemen besbol tradisional dengan aksi pertempuran sengit.
Sistem gacha game ini membolehkan pemain mendapatkan watak baharu serta “Tension Cards” bagi memperkuatkan pasukan mereka.

Pertempuran berlangsung dalam format pasukan tiga lawan tiga, di mana setiap watak mempunyai skil dan gaya pertempuran tersendiri.
Rakan sepasukan juga bertindak secara pintar dalam pertarungan, sama ada dengan menarik perhatian musuh, memulihkan rakan yang cedera, atau melancarkan serangan gabungan untuk mengubah keadaan pertarungan.

Salah satu ciri paling menonjol dalam TRIBE NINE ialah mod pertempuran istimewa “XB (Extreme Baseball),” yang menampilkan adegan sinematik 3D bagi menghidupkan pengalaman pertarungan.
Di luar medan pertempuran, pemain boleh meneroka dunia pixel-art 2D Neo Tokyo, yang dipenuhi dengan pelbagai harta karun tersembunyi, mini-game menarik, serta misi sampingan daripada penduduk tempatan.

Lebih menarik, game ini boleh dimainkan secara percuma dengan pembelian dalam aplikasi, menjadikannya mudah diakses oleh pelbagai jenis pemain. Dengan tarikh pelancaran semakin hampir, ramai yang tidak sabar untuk menyelami dunia Neo Tokyo dan menyertai perjuangan menentang kezaliman Zero.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post