Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game free-2-play “Volzerk: Monsters and Lands Unknown” diumumkan untuk PC & mobile! Gameplay ala Pokemon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 12, 2023
in Android, ARPG, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game free-2-play “Volzerk: Monsters and Lands Unknown” diumumkan untuk PC & mobile! Gameplay ala Pokemon!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, syarikat COLOPL telah mendedahkan “Volzerk: Monsters and Lands Unknown”, sebuah game ARPG 3D free-to-play untuk PC (Steam), iOS dan Android. Volzerk akan dilancarkan pada hujung bulan Januari dalam bahasa Jepun, tetapi pihak syarikat mengesahkan bahawa mereka akan menambah sokongan bahasa Inggeris melalui update pada masa hadapan.

Menurut halaman Steam, berikut adalah rumusan bagi keseluruhan game:

Terokai dunia dan bela raksasa legenda!

Volzerk: Monsters and Lands Unknown ialah “crossbreeding action RPG”. Temani protagonis Fina dalam pengembaraan untuk menemui raksasa legenda. Bela raksasa, temui pelbagai jenis rakan-rakan, dan hadapi musuh yang kuat.

Aksi tulen

  • Volzerk: Monsters and Lands Unknown ialah aksi RPG original yang membawa watak dan raksasa bersama-sama untuk pertempuran epik!
  • Campur dan padankan raksasa dengan penunggang berbeza untuk menguasai kemahiran berbeza!
  • Manfaatkan pelbagai jenis senjata berbeza dan tukar watak pada masa yang sesuai untuk menjatuhkan musuh yang kuat!

Menternak raksasa

  • Alami sistem membela raksasa yang mendalam!
  • Watak berbeza boleh memberikan abiliti berbeza kepada raksasa, lalu membolehkan pemain membela raksasa pilihan mereka!
  • Kacukan dua raksasa untuk melahirkan raksasa baharu, yang mewarisi kebolehan ibu bapanya!
  • Anda juga boleh kacukan raksasa anda dengan rakan-rakan!

Jika korang biasa dengan game ala Pokemon dan Digimon, mungkin Volzerk boleh ditambah ke wishlist anda. Buat masa ini, ia tiada tarikh pelancaran rasmi, tetapi saya akan mengemas kini artikel jika terdapat apa-apa berita lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MobilePCVolzerk: Monsters and Lands Unknown
Previous Post

“Comeback stronger tidak boleh pakai” – Pengulas MPL kecewa dengan prestasi pasukan Malaysia di M4!

Next Post

Acara Terminator 2: Judgement Day kini tersedia di World of Tanks!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Acara Terminator 2: Judgement Day kini tersedia di World of Tanks!

Acara Terminator 2: Judgement Day kini tersedia di World of Tanks!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd