Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game F2P Star Wars: Hunters mengumumkan info baru, pra-daftar sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Multiplayer, Nintendo Switch
0 0
0
Game F2P Star Wars: Hunters mengumumkan info baru, pra-daftar sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak diumumkan pada awal tahun ini, kami tidak mendengar apa-apa berita baru tentang game akan datang Star Wars: Hunters. Nasib baik lah, Zynga dan Lucasfilm Games mendedahkan treler sinematik baru untuk game bergenre “arena-combat” tersebut pada hari ini. Anda boleh melihat treler di bawah yang memberikan sedikit info tentang dunia Star Wars: Hunters dan planet Vespaara (planet di mana game ini berlangsung).

Treler sinematik ini secara khusus memberi tumpuan kepada Rieve, seorang pahlawan “dark side” yang memakai lightsaber merah, Aran Tal si Mandalorian, Grozz si Wookiee, pasangan Jawa, Zaina seorang veteran bagi pihak Rebel, dan banyak lagi. Lebih banyak maklumat tentang setiap watak boleh dibaca di laman web rasmi.

Menurut Zynga, kisah Star Wars: Hunters berlaku selepas kejatuhan Galactic Empire. Berdasarkan apa yang telah kita lihat buat masa ini, pemain akan mengambil bahagian dalam pertempuran third person untuk mendominasi beberapa arena besar yang berilhamkan dunia ikonik Star Wars. Campur aduk pasukan, gunakan setiap skil, taktik dan ubahsuai watak untuk mencari strategi kemenangan dan memperoleh kemenangan dalam game “free-to-play” serba baru ini.

“Pendedahan hari ini memberi pandangan pertama untuk Arena, sebuah stadium yang menarik para Hunter dari seluruh galaksi untuk mencari kegemilangan.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

mempamerkan beberapa watak dinamik yang diilhamkan oleh galaksi Star Wars yang akan dialami peminat dalam permainan ini. Dengan memberi gambaran ringkas untuk aksi berpasukan di Arena, treler ini menampilkan beberapa watak dinamik yang diilhamkan oleh galaksi Star Wars. Pasukan kami di NaturalMotion dan Boss Alien teruja untuk menunjukkan lebih banyak kemas kini dan tidak sabar untuk pemain beralih dari ‘penonton’ ke ‘Hunter’ pada masa akan datang.

Bernard Kim, Presiden Penerbitan di Zynga.

Star Wars: Hunters akan dilancarkan secara percuma di platform Nintendo Switch dan peranti mobile: iOS dan Android pada tahun 2022. Pra-pendaftaran pun sudah bermula di mana pemain berpeluang mendapatkan sejumlah barang eksklusif dan berita terkini tentang permainan. Anda boleh pra-daftar di SINI.

Untuk segala liputan kami tentang Star Wars, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: free to playMobilenintendo switchstar warsStar Wars: Hunters
Previous Post

Sepatutnya dilancarkan Disember ini, Dying Light 2 sekali lagi ditangguhkan!

Next Post

Kemas kini September untuk sistem perisian PS5 dilancarkan secara global

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kemas kini September untuk sistem perisian PS5 dilancarkan secara global

Kemas kini September untuk sistem perisian PS5 dilancarkan secara global

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd