Sebagai salah satu game dalam barisan State of Play hari ini, Deathloop telah menerima trailer ketiga yang memfokuskan pada gameplay. Diberi nama “Deja Vu,” trailer ini merujuk pada tema permainan dan muzik lagu yang dinyanyikan oleh Sencit feat. FJØRA. Diilhamkan oleh lagu tersebut, trailer ini pun seperti video muzik! Mari kita lihat:
Untuk kandungan trailer ini, ia meneruskan pertempuran antara protagonis Deathloop, Colt, dan para Visionary dari Blackreef, yang berusaha memerangkap Colt dalam sejenis “time loop“. Kali ini, seorang Visionary baru bernama Frank “Ramblin” Spicer diperkenalkan yang kelihatan seperti hos rancangan radio yang memiliki kelab sendiri. Trailer ini mengikuti Colt dan misinya untuk membunuh Frank.
Banyak mekanik yang ditunjukkan dalam trailer Deja Vu telah didedahkan sebelum ini di mana penonton dapat melihat Colt mencuba beberapa abiliti ala-ala Dishonored seperti teleportasi dan kebolehan telekinetik untuk mencampak musuh sana-sini, sambil menembak sesiapa sahaja yang menghalangnya.
Secara keseluruhan, Deathloop mempunyai naratif yang sangat menarik. Walaupun gameplay sudah dijelaskan, ramai masih tertanya tentang jalan cerita Deathloop seperti; “Mengapa ada time loop? Kenapa Colt terperangkap” dan lain-lain. Kita masih ada beberapa bulan lagi sebelum Deathloop dilancarkan secara rasmi, jadi pasti akan ada lebih banyak maklumat dalam minggu-minggu akan datang.
Deathloop bakal dilancarkan pada 21 Mei 2021, untuk PC dan PS5. Untuk segala liputan kami tentang State of Play Februari 2021, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post